fbpx
featured image sizing

Kenali Kampung Mengkasar Yang Tertua Di Bandar Diraja, Pekan

Bila sebut sahaja Kampung Mengkasar, Pekan pasti ramai yang terbayangkan Murtabak Mengkasar yang popular sehingga pengunjung beratur di atas jalan. Namun tahukah anda sejarah di sebalik perkampungan ini?

Kampung Mengkasar ialah salah sebuah perkampungan yang tertua di Daerah Pekan. Mengikut sejarah, terdapat orang Bugis dan Acheh menetap di sini.

PREMIUM

Sekitar tahun 1722, Tok Uban atau Kraeng Aji yang bernama Kraeng Agang Jene Muhammad Naziruddin, atau lebih dikenali sebagai Tok Tuan berketurunan Bugis telah membuka sebuah kampung yang digelar Mengkasar mengikut nama tempat asalnya di Bugis.

GAMBAR: NEGERI PAHANG

Dari keturunan Bugis inilah bermulanya asal-usul keturunan “Orang Kaya Indera Shah Bandar Pahang” iaitu keturunan Allahyarham Tun Abdul Razak. Tenunan sutera Pahang juga telah diperkenalkan oleh Tok Tuan.

Kain tenun Pahang ini berasal dari Riau atau Sulawesi dan dibawa masuk ke negeri Pahang sekitar abad ke 16 ke 17. Mengikut catatan sejarah, orang besar Bugis diketuai Tok Tuan atau Karaeng Aji berkunjung dan menetap di Kampung Mengkasar, Pekan.

SPONSORED

Beliau dikatakan bertanggungjawab dalam memperbaiki cara menenun kain sutera tempatan ketika itu dan dikenali sebagai tenunan Pahang.

GAMBAR: LENSA PEKAN

Reka corak dan ragam hias yang halus buatannya menghiasi kain Tenun Pahang. Elemen tertentu pada kain atau tekstil menjadikan sebagai lambang darjat, identiti kaum, kepercayaan, ritual keagamaan dan sebagainya.

Begitu juga keindahan kain Tenun Pahang yang tidak dapat dipisahkan dari reka corak asas yang tersendiri. Pelbagai motif, corak dan warna yang berlainan terdapat pada kain tenun Pahang.

via: Negeri Pahang

SPONSORED

Kampung New Zealand yang unik di Pahang ini menjadi tarikkan sesiapa sahaja yang melaluinya

Baca juga: Disebalik Nama Kampung New Zealand, Maran Yang Tidak Bersalji Tetapi Unik

Related Posts