fbpx

Kenali Aripin Said, Anak Kelahiran Temerloh Yang Mencipta Lagu Rakyat Melayu

- Sponsor -

Aripin Said merupakan seorang guru yang mengajar di beberapa buah sekolah di negeri Terengganu dan Kuantan.

Aripin Said dikenali oleh kerana beliau merupakan seorang penulis sastera kreatif, sekaligus mencipta lagu-lagu rakyat menerusi pemerhatiannya terhadap kejadian alam.

Beliau mempunyai minat dalam bidang penulisan sejak dari sekolah menengah lagi dan minatnya itu dicurahkan sepenuhnya ke dalam majalah sekolah ketika beliau berusia 16 tahun.

- Sponsor-

Perkara ini berlarutan sehingga ke maktab tempat pengajiannya. Aripin Said pernah memenangi pelbagai peraduan mengarang bagi akhbar Berita Harian semasa berada di maktab.

sumber gambar: Berita Harian
sumber gambar: Harian Metro

Abdullah Hashim Haji Musa merupakan salah seorang pendorong kepada minatnya kerana gurunya selalu meminjamkan kepadanya buku-buku cerita, akhbar serta majalah.

Aripin Said amatlah gemar untuk menelaah segala jenis bahan bacaan akan tetapi pada tahun 1990-an, bahan bacaan ini amat sukar untuk diperolehi.

Sehingga kini, beliau telah menghasilkan sebanyak 200 buah cerpen, termasuk puisi di pelbagai medium tanah air seperti Mingguan Malaysia, Dewan Sastera, Mastika dan lain-lain lagi.

- Sponsor -
- Sponsor -