fbpx
featured image sizing

Kembara Ke Ulu Tembeling Yang Tidak Dipeta Lengkap Google Maps

Mungkin ada diantara anda yang pernah membaca tentang atau mengetahui kewujudan Hulu Tembeling yang berada di kawasan pedalaman di Jerantut, Pahang. Sebuah perkampungan yang terletak di seberang sungai ini perlu direntasi dengan menaiki bot.

Bila kami periksa, ternyata kawasan ini ditanda di dalam Google Maps tetapi jalan di perkampungan ini tidak lengkap untuk dijadikan panduan. Kami ingin kongsikan pengalaman seorang pengembara yang ke Hulu Tembeling iaitu Syazwan Zainal.

PREMIUM

Ride pedalaman Pahang mengembara ke sekolah-sekolah pedalaman menyusuri jalanraya offroad dan merentasi sungai gunakan bot. Ternyata masih banyak lagi kemajuan dan kemudahan perlu disalurkan ke kawasan ini.

GAMBAR: SYAZWAN ZAINAL
GAMBAR: SYAZWAN ZAINAL
GAMBAR: SYAZWAN ZAINAL

Hari ini sempat merasai pengalaman penduduk tempatan untuk berulang alik ke kampung mereka. Sungguh mencabar untuk merentas sungai Tembeling dan sungai Sepia menggunakan bot dan rakit. Terdapat 4 buah sekolah rendah yang saya sempat berselfie iaitu SK Ulu Tembeling, SK Gusai, SK Kuala Sat dan SK Bukit Mat Daling.

Terdapat juga Istana Sri Tembeling yang saya tidak tahu kewujudannya. Ternyata Google Maps tidak lengkap untuk memetakan kawasan pedalaman ini. Saya banyak bertanya orang tempatan untuk meneroka kesemua sekolah ini.

SPONSORED

Berdasarkan pengiraan saya SK Gusai terletak paling jauh terpencil kerana anggaran untuk tiba ke sini dalam lingkungan 8 jam dari Kuala Lumpur.

Untuk tiba ke SK Gusai dari Kuala Tahan perlu meredah jalanraya bertar Kuala Tahan-Kampung Bantal, offroad dalam 5km untuk ke jeti, kemudian menaiki bot seberang sungai di Kampung Bantal, kemudian meredah jalanraya simen Kampung Bantal-Kampung Gusai dan baru naik rakit untuk sampai ke pusat kampung.

GAMBAR: SYAZWAN ZAINAL
GAMBAR: SYAZWAN ZAINAL
GAMBAR: SYAZWAN ZAINAL
GAMBAR: SYAZWAN ZAINAL

Untuk pengetahuan juga penduduk Kampung Gusai perlu meredah kira-kira 104km untuk berjumpa stesen minyak official terdekat di Padang Piol Jerantut, meredah 124km untuk berjumpa mesin ATM terdekat di bandar Jerantut dan meredah 186km untuk ke bandar Temerloh jika ingin menonton wayang.

Mencabar bukan? Bersyukurlah kita yang tinggal di bandar penuh dengan kemudahan serba serbi.

SPONSORED

Tidak lupa juga saya ingin mempromosi Bukit Awan yang kini popular buat para rider, jalanraya Kuala Tahan-Kampung Bantal sangat asyik di pagi hari dengan udara segar sambil melayan corner-corner layang. Majulah pedalaman untuk pelancongan.

NOTA EDITOR: Artikel ini ditulis oleh Syazwan Zainal yang merupakan seorang pengembara. Ikuti perkembangan beliau di Facebook

Anda mungkin berminat untuk membaca lebih lanjut mengenai pulau privasi yang tidak ramai tahu di Kuantan

Baca juga: Pulau Ular Kuantan, Pulau Yang Privasi Dan Tenang Tak Ramai Orang Tahu

Related Posts