fbpx
thumb

Kembara KDYMM Pemangku Raja Pahang Tawan Puncak Gunung Tahan

KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah hari ini selamat berangkat tiba dari puncak Gunung Tahan, setelah menempuh pendakian selama 4 hari di dalam Program Kembara Eksesais Makmur.

Program kembara ini adalah cetusan ilham Kebawah Duli Pemangku Raja sendiri, untuk menyaksikan dan menghayati keindahan bumi bertuah Pahang Darul Makmur.

PREMIUM

Bersama-sama dengan Kebawah Duli Pemangku Raja di dalam Kembara ini adalah pegawai dan kakitangan Istana Abdulaziz dan pegawai serta anggota Batalion ke-12, Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize).

GAMBAR: FACEBOOK HOUSE OF PAHANG
GAMBAR: FACEBOOK HOUSE OF PAHANG

KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sememangnya seorang yang berjiwa rakyat dan sangat dekat di hati rakyat negeri Pahang khususnya.

Beliau yang sering mencemar duli melawat kawasan yang ditimpa bencana dan sebagai pihak terawal yang menyampaikan bantuan kepada mangsa sangat dikagumi.

SPONSORED

Eksplorasi ini sedikit sebanyak memberikan rasa cintakan alam sekitar dan menunjukkan Pahang merupakan negeri yang kaya dengan keindahan alam semula jadi yang terpelihara untuk dijadikan kunjungan.

GAMBAR: FACEBOOK HOUSE OF PAHANG
GAMBAR: FACEBOOK HOUSE OF PAHANG

Daulat Tuanku!

via: Facebook House of Pahang

Lihat keajaiban hutan berwarna merah di Jerantut ini yang sememangnya unik dan cool!

SPONSORED

Baca juga: Pelik Tapi Benar, Hutan Di Jerantut Ini Berwarna Merah Semula Jadi

Related Posts