fbpx
4711512502_fe4be0f560_b

Kemasukan Pengunjung Ke Pantai Teluk Chempedak Akan Diperketatkan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Kuantan mencadangkan untuk memperketatkan lagi jumlah pengunjung ke Teluk Chempedak, Kuantan untuk meminimumkan risiko jangkitan Covid-19 yang tular.

Hal ini kerana pantai peranginan ini memang terkenal dengan kecantikkan pantai menyebabkan bilangan pengunjung bertambah.

PREMIUM

PDRM akan bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dalam menjalankan usaha ini bagi memastikan pengunjung tidak terdedah kepada risiko jangkitan.

Perkara ini mungkin sedikit sebanyak menjejas kegiatan pelancongan dan juga peniaga-peniaga kawasan sekitar tetapi apakan daya, sama-sama kita berkorban untuk menjaga keselamatan diri dan orang sekeliling

Diharapkan dengan langkah ini, Kuantan akan mampu mencegah penularan wabak COVID-19 dengan lebih berkesan kerana kami di KUANTANLOKA percaya orang Kuantan memang terbaik!

SPONSORED

Untuk makluman tambahan, pihak berkuasa tempatan juga telah mengeluarkan beberapa saman kepada individu yang ingkar akan arahan memakai pelitup muka di tempat awam di Kuantan. Jadi anda para pembaca KUANTANLOKA, jangan lupa pakai sebelum keluar rumah. Sama-sama kita jaga kita.

Anda juga mungkin berminat untuk bercuti bersama keluarga di tempat ala-ala Hawaii, lihat keindahan Pulau Tulai yang membiru di Tioman ini.

Baca juga: Pulau Tulai Di Tioman, Keindahan Membiru Setanding Luar Negara

Related Posts