fbpx
- Sponsor -

Kekunang Tering Chalet Di Pekan, Penginapan Tepi Pantai Di Atas Rumah Pokok

Kekunang Tering Chalet terletak antara bandar Pekan dan Rompin, boleh dikatakan penginapan terbaik kerana kedudukan di tepi laut dan reka bentuk bilik berkonsepkan rastic. Paling istimewa ada rumah pokok di sini dan ia sesuatu yang jarang-jarang ditemui di mana-mana resort atau chalet di negara ini terutama di tepi pantai.

Pasir pantainya yang putih bersih dengan angin sepoi-sepoi menyapa pipi tidak syak lagi ia pilihan tepat – destinasi yang mendamaikan seolah-olah berada di pulau privasi.

Jangan lupa bawa kamera untuk merakamkan saat-saat indah alam semula jadi jauh dari kota, terutama pengalaman menakjubkan apabila berpeluang melihat saat matahari terbit, yang memang sukar digambarkan.

GAMBAR: KEKUNANG TERING CHALET
GAMBAR: KEKUNANG TERING CHALET
GAMBAR: KEKUNANG TERING CHALET
- Sponsor-

Ketika air surut pada waktu malam pula, apa lagi boleh saja berjalan ke tengah laut sehingga kira-kira 100 meter dari pantai sambil melihat karangan dan tapak sulaiman. Bayangkan jika kunjungan ada ketika bulan purnama, suasana itu tentu dikenang dalam lipatan memori anda selamanya.

Rumah pokok yang didirikan itu pada mulanya sekadar suka-suka, sehingga ramai yang bertanya dan mahu menyewanya. Chalet ini jadi sebutan dalam kalangan pengembara berbasikal dari seluruh dunia.

Lokasi sesuai untuk pasangan pengantin tak kiralah yang baru atau lama kerana tentunya dapat meluangkan masa bersama, juga keluarga yang mahu menginap di The Loft atau camping di tepi pantai.

GAMBAR: KEKUNANG TERING CHALET
GAMBAR: KEKUNANG TERING CHALET
GAMBAR: KEKUNANG TERING CHALET

Dikenali sebagai Pak Nan, beliau sentiasa bersedia membantu dan menjaga keselamatan penyewa, orangnya ramah dan berpengalaman luas dengan keadaan persekitaran untuk menyampaikan maklumat kepada pelanggan.

Pantai bersih, cetek dan tidak tercemar dan sangat sesuai bagi aktiviti pantai dan memancing. Jika penggemar aktiviti memancing laut dalam, boleh menyewa bot di kawasan di sekitar Nenasi untuk memancing di tengah laut yang dipenuhi ikan kelas A seperti layaran, haruan tasik, kerapu, merah dan tenggiri.

Pelbagai pilihan penginapan dengan harga berpatutan untuk semua golongan sama ada Tree House, dan Tube Cabin yang berkongsi bilik air dan tandas, atau The Loft yang lengkap dengan kemudahan itu. Malah ia juga menjadi tumpuan peminat aktiviti camping dengan bayaran minimum.

GAMBAR: KEKUNANG TERING CHALET
GAMBAR: KEKUNANG TERING CHALET
GAMBAR: KEKUNANG TERING CHALET
- Sponsor -

Sunyi dan tenang dengan persekitaran kawasan chalet seolah-olah berada di pulau asing, hanya ditemani deruan ombak dan kicauan burung. Syurga bagi mereka yang impikan kedamaian pantai!

via: MStar

Ketahui lokasi memancing bagi kaki pancing yang merancang untuk menguji daya tahan ikan laut masin di Rompin

Baca juga: Port Memancing Di Rompin Ini Boleh Buat Kaki Pancing Tak Lena Tidur

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!