fbpx
featured image sizing

Keindahan Sepasang Pelangi Dari Puncak Bukit Dedari Warnai Taman Negara

Taman Negara Kuala Tahan bukan sahaja menyimpan pelbagai khazanah flora dan fauna di hutan tropika yang berusia lebih 130 juta tahun itu, tetapi menyaksikan lukisan alam ciptaan Allah yang sangat indah.

Salah sebuah tempat yang menarik, iaitu di puncak Bukit Dedari berdekatan taman itu yang menyajikan keindahan alam yang cukup mempesonakan pengunjung.

PREMIUM

Anda akan memperoleh ketenangan ketika berada dipuncak bukit setinggi 365 meter itu dengan lukisan pemandangan hutan hijau, gunung-gunung, tumbuhan renek di samping fauna kecil yang berterbangan di sekitar.

GAMBAR: PAHANG STORY

Satu keajaiban pemandangan boleh dinikmati oleh pengunjung dari arah puncak tersebut, iaitu dapat melihat sepasang ‘bianglala’ atau pelangi dengan lebih jelas.

Kerapkali ketika berada di puncak Bukit Dedari bersama pengunjung pada waktu berkenaan kelihatan sepasang pelangi sedang mempamerkan warna badannya ‘memanjang dari celah awan turun ke lembah antara celah gunung’.

SPONSORED

Kejadian ini kerap berlaku, malahan ada pengunjung yang tertarik dengan pelangi yang ‘tubuhnya’ berwarna-warni serta kontras dengan kehijauan alam sekitar sanggup mendaki semula pada keesokannya.

GAMBAR: PAHANG STORY

Berada di puncak Bukit Dedari, kita dapat melihat saujana pemandangan yang luas malahan sekiranya cuaca terang, pengunjung boleh melihat puncak Gunung Tahan yang diseliputi flora dan asap.

Untuk menjelajah serta mendaki Bukit Dedari, pengunjung boleh menaiki kenderaan melalui jalan raya Kuala Tahan ke Kampung Pagi selama 10 minit dan kemudiannya melalui denai di hutan serta mendaki ke puncak selama 30 minit.

Sekiranya pengunjung memilih menaiki bot penampang dari jeti Taman Negara untuk melihat keindahan pesisir Sungai Tembeling mengambil masa selama 20 minit dan kemudiannya terpaksa merentas hutan serta mendaki puncak dalam tempoh dua jam setengah.

SPONSORED

Kebanyakan pengunjung sama ada individu atau berkumpulan memilih untuk beriadah dan berekreasi di puncak Bukit Dedari kerana laluannya mudah di samping sesuai untuk menguji kekuatan fizikal bagi semua peringkat usia.

via: Pahang Story

Kinabalu Hill menjadi salah satu tarikah pengunjung ke Jengka untuk melihat pemandangan dan hiking

Baca juga: Lihat Matahari Terbit Di ‘Hidden Gem’ Kinabalu Hill Jengka, Pahang

Related Posts