fbpx
CypPdilVEAAPIb2

Lihat Keindahan Kelip-Kelip Malam Di Cherating

Kalau Shah Alam ada I-City untuk melihat taman elektronik yang dipenuhi lampu LED. Di Cherating, Kuantan anda boleh menikmati pemandangan malam ditemani kelip-kelip yang menghiasi Sungai Cherating. Pemandangan yang jarang dapat dilihat ini pasti memberikan suasana istimewa bagi mereka yang belum pernah melihatnya secara dekat.

Menaiki bot di Sungai Cherating pada waktu malam ini adalah salah satu aktiviti riadah yang wajib dicuba bagi mereka di kawasan sekitar kerana bukan sahaja anda dapat datang menikmati angin malam laut tetapi juga dapat mempelajari berkenaan binatang ini. Servis membawa pengunjung untuk melihat kelip-kelip ada disediakan. Jadi tidak perlu risau jika sesat atau ketiadaan bot.

PREMIUM

Aktiviti seperti ini dapat memberikan ilmu pengetahuan kepada generasi baru berkenaan habitat haiwan ini dan jenis-jenis nya. Pelancong yang datang untuk menikmati pemandangan cantik di sini juga datang dari pelbagai negeri dan negara kerana pada mereka, ini adalah tarikan istimewa yang jarang dapat dilihat ditempat lain.

GAMBAR: Hafiz’s Cherating Activities

Keindahan alam di malam hari ditemani sinaran cahaya kelip-kelip ini pasti memberikan ketenangan jiwa kepada pengujung yang hadir. Anda tidak akan merasa rugi datang kesini kerana ia adalah habitat semula jadi yang dijaga rapi oleh pihak Hafiz’s Cherating Activities

Selain daripada aktiviti melihat kelip-kelip di Sungai Cherating, pelbagai aktiviti menarik lain yang boleh anda cuba seperti menyusuri Sungai Cherating yang menghijau dikelilingi hutan bakau yang menenangkan fikiran untuk lari dari kesibukan kota. Pelbagai haiwan lain yang dapat anda lihat sepanjang ekspidisi ini.

SPONSORED

Jika anda berminat untuk berkunjung ke destinasi ini, boleh terus hubungi Facebook Hafiz’s Cherating Activities untuk bertanyakan maklumat lanjut. Destinasi seperti ini patut kita hargai dan cintai kerana keindahan ciptaan Tuhan dapat dinikmati dari generasi ke generasi.

GAMBAR: Hafiz’s Cherating Activities
GAMBAR: Hafiz’s Cherating Activities
GAMBAR: Hafiz’s Cherating Activities

via: Hafiz’s Cherating Activities

Pelbagai tempat menarik lain yang anda boleh kunjungi di Pahang yang pasti buat hujung minggu anda sekeluarga lebih awesome. Baca artikel dibawah untuk lihat tempat yang cool.

Baca juga: Air Jernih Dan Tempat Bersih, Lata Kawah Jerantut Ini Buat Kami Kata ‘Pergh’

Related Posts
gua merapoh
GO!

Jom Eksplorasi Ke Gua Merapoh Pahang

Seringkali Pahang selalu terkenal dengan lambakan pantai-pantai yang indah, tapi untuk pengetahuan anda negeri Pahang juga kaya dengan…