fbpx
43426699_554081355029850_7470462631996817408_o

Keindahan Alam Disajikan Di Anani Villa, Janda Baik

Kadang-kadang kesibukan hidup di bandar ataupun kota boleh membuatkan kita rasa tertekan, jadi mencari tempat berehat daripada kesibukan hutan batu adalah satu aktiviti santai yang anda boleh cuba.

Di Janda Baik, Anani Villa adalah satu tempat dimana anda sekeluarga boleh beristirahat di villa yang sangat luas sambil menikmati pemandangan dari banjaran serta aktiviti alam sekitar yang dapat menenangkan jiwa.

Bukan sahaja mempunyai seni bina yang cantik, tetapi juga keindahan alam yang disajikan sangat sesuai untuk dijadikan tempat rekreasi anda sekeluarga.

GAMBAR: ANANI VILLA

Boleh menempatkan sehingga 20 orang, tempat ini sering dijadikan pilihan untuk aktiviti family vacation dan team building.

Dengan kesejukan sehingga 23 darjah celsius, ada feel bercuti diluar negara. Diantara fasiliti yang disediakan adalah seperti bilik seminar dan outdoor BBQ. Selain daripada itu, aktiviti tambahan lain adalah seperti mendaki air terjun, jungle tracking dan menaiki ATV di rimba.

SPONSORED

Janda baik bukan lagi tempat yang asing dikalangan pelancong, ianya menjadi salah satu flagship pelancongan alam di negeri Pahang.

GAMBAR: ANANI VILLA
GAMBAR: ANANI VILLA

via: Anani Villa

Villa mewah di birai pantai ini pasti memukau mata yang melihat yang seakan bercuti di Miami tapi hanya terletak di Kuantan.

Baca juga: Villaku Residence, Penginapan Mewah Pada Harga Berpatutan Terbaik Di Kuantan

Related Posts