fbpx

Kedai Makan Kini Boleh Dibuka Hingga 10 Malam


Bermula hari ini 28 Jun 2021, semua permis kedai makan dan restoran dibenarkan beroperasi bermula pukul 6 pagi sehingga 10 malam.

Sebelum ini, waktu operasi hanya dibenarkan bermula pukul 8 pagi sehinga 6 petang sahaja. Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, keputusan ini dibuat setelah mengambil kira kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan

Kepada pemilik restoran dan kedai makan walaupun waktu operasi telah dilanjutkan, namun pastikan anda mengikuti SOP yang ditetapkan seperti merekod kedatangan, jaga penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.


Kes mencatatkan seramai 798 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP). Antaranya tiada penjarakan fizikal, tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan, gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis, tidak memakai pelitup muka dan lain-lain.

SumberKosmo

Kongsi Artikel Ini

Benda baik kita kongsi

TERKINI

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin