fbpx
featured image sizing

Kedai Kraftangan Di Kuantan Ini Sudah Berusia 47 Tahun Dan Masih ‘Cool’

Jika anda pernah melalui Jalan Besar, Kuantan, terdapat sebuah kedai kraftangan tempatan yang menjual pelbagai barangan cenderahati bandar Kuantan dan juga hasil tangan orang-orang asli. Ia hanay terletak bersebelahan kedai popular Watak Kopi

Kedainya tidak besar namun pengalaman dapat melihat sendiri keunikan rekaan barangan yang dibuat dari sumber alam ini memberikan sedikit rasa teruja kerana terdapat barangan kraf yang dijual yang kini sukar untuk dijumpai.

PREMIUM

KUANTANLOKA berkesempatan singgah di sini dan berbual dengan pemiliknya. Sudah berusia namun beliau masih meneruskan operasi ini kerana minat akan seni kraftangan. Mula berniaga sejak tahun 1973, boleh katakan ini antara perniagaan yang paling lama ada di Kuantan.

Pada masa kini, masih ada lagi mereka yang berminat untuk melihat sendiri hasil-hasil buatan tangan. Katanya, barangan ini dahulunya dibeli dari orang kampung dan orang asli namun kini beliau hanya menempah kerana usianya yang membatas pergerakkan.

Diantara barangan yang dijual disini adalah seperti tikar mengkuang, bakul mengkuang, bakul rotan, piring kayu, sumpit dan bermacam-macam lagi.

SPONSORED

Jika anda yang bermiant untuk mendapatkan hasil tangan yang original tempatan. mesti datang singgah ke sini. Pelbagai pilihan menarik yang boleh dijadikan kenangan dan juga perhiasan rumah

Anda juga mungkin berminat melihat lelaki dari Kuantan ini mencipta kostum hero yang boleh anda tempah.

Baca juga: Kreatif, Cosplay Superhero Made In Kuantan Ini Setaraf Hasil Antarabangsa

Related Posts