fbpx
- Sponsor -

Kecewa Dengan Sri Pahang? Pahang Rangers FC Jadi Penyembuh Luka

Penyokong tegar sukan bola sepak Pahang, Sri Pahang FC pasti kecewa dengan prestasi semasa pasukan tersebut Liga Super. Apa tidak nya, pasukan kesayangan mereka kini berada di zon penyingkiran selepas separuh musim liga.

Namun, khabar gembira buat peminat sukan futsal apabila pasukan Pahang Rangers FC kini selangkah kaki untuk menjadi juara dalam Piala Malaysia futsal 2022.

Perlawanan akhir akan berlangsung pada 23 Julai 2022, di Kompleks Sukan Negara, Panasonic Shah Alam. Sepak mula bakal berlangsung pada jam 8.00 malam.

- Sponsor-

Sebelum mara ke perlawanan akhir, Pahang Rangers memulakan peringkat suku akhir dengan Terengganu FC secara timbal balik dan berjaya mencapai kemenangan 5-3 secara aggregat.

Sumber : Pahang Rangers FC

Kejayaan itu membolehkan mereka bertemu pasukan Pulau Pinang di separuh akhir. Mereka tewas pada perlawanan pertama dengan jaringan 3-2. Namun, dengan amukan sokongan peminat di Stadium tertutup SUKPA, Pahang Rangers berjaya bangkit pada perlawanan separuh akhir kedua dengan kemengangan 7-3. Sekaligus menang secara aggregat 9-6.

Sumber : Pahang Rangers FC

Pada perlawanan akhir nanti, Pahang Rangers bakal berdepan dengan seteru utama dan Juara Liga Futsal Kebangsaan 2022, Selangor MAC. Untuk rekod, sejak liga futsal diperkenalkan di Malaysia, Pahang dan Selangor merupakan petanding utama kejohanan futsal ini.

Sumber : Pahang Rangers FC

Siapakah yang bakal menang kali ini? Peluang kedua-dua pasukan dilihat sama rata dan sesiapa layak menjulang kejuaraan.

Selangor MAC mempunyai kelebihan dari segi tempat perlawanan kerana Stadium Panasonic Shah Alam boleh diibaratkan seperti lokasi tuan rumah buat pasukan Selangor MAC.

Walaupun jauh namun keghairahan, semangat, attitud dan mentaliti pemain dalam perlawanan separuh akhir kedua tetap akan di bawa bersama. Itulah janji yang diberikan oleh pasukan pengurusan dan pemain dalam sosial media rasmi mereka.

Sumber Pahang Rangers FC
- Sponsor -

Sekiranya Pahang Rangers mampu menewaskan Selangor MAC, pastinya ia akan menjadi hadiah buat penyokong futsal Pahang yang sudah kerinduan untuk meraikan kemenangan pasukan kesayangan mereka.

Ayuh semua penyokong! Kita pasti menang kali ini.

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!