fbpx

Kecewa Bahasa Malaysia Dipinggirkan, Genting SkyWorlds Digelar ‘Hong Kong Disneyland’

- Sponsor -

Taman tema seluas 19 padang bola sepak, Genting Skyworld yang bakal dibuka tidak lama lagi nampaknya menjadi perbualan hangat dikalangan rakyat Malaysia setelah tular baru-baru ini.

Bukan tenang permainan yang ditawarkan, namun ia mengenai papan tanda dan label pada keseluruhan taman tema ini yang ditulis dalam Bahasa China.

Digelar Hong Kong Disneyland, rata-rata rakyat Malaysia meluahkan rasa dukacita apabila melihat Bahasa Malaysia yang menjadi bahasa kebanggan negara sendiri seolah-olah dipinggirkan begitu teruk sekali.

- Sponsor-

Anda boleh baca sendiri respon rakyat Malaysia melalui satu perkongsian yang dibuat oleh Surgaroute iaitu sebuah laman sosial percutian gaya muslim kontemporari di Malaysia.

Tangkap layar dari halaman Facebook Surgaroute

Ini antara respon mengenai isu papan tanda dan label di Genting Skyworlds.

Mahu terima atau tidak, pada pendapat kami inilah hakikat kenyataan yang perlu diterima semua pihak. Dari respon yang diberikan sudah jelas, rata-rata rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan perkara ini.

Ia bukan isu perkauman atau bangsa, ia adalah suara-suara rakyat Malaysia “Keluarga Malaysia” yang cintakan negaranya.

Andai anda pernah terlupa pada 13 November 2018, Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bertitah agar penggunaan tulisan Jawi diperluas ke seluruh negeri Pahang. Boleh semak kesahihanya di sini.

Pelancongan adalah saluran yang baik untuk memperkenalkan budaya sesebuah negara kepada orang luar, bila perkara sebegini berlaku kadang-kala kami tertanya juga, Negara Malaysia kita ini apa sebenarnya.

- Sponsor -

Semoga pihak bertanggungjawab mengambil isu ini sebagai sesuatu yang amat penting dipandang serius dengan harapan kita semua rakyat malaysia masih berpengang pada janji atas dasar 5 tiang rukun negara.

Mari kita selami semula 5 prinsip serta objektif Rukun Negara:

Bagaimana pula menurut anda? Kongsikan pendapat anda bersama kami diruangan komen.

Jangan lupa sertai Kuantanloka di saluran Facebook dan Telegram @kuantanloka

- Sponsor -
- Sponsor -