fbpx
featured image sizing

Kebun Durian Haram Atas Tanah Kerajaan Di Raub Akan Dihapuskan

Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang akan mengambil alih tanaman durian dan buah-buahan yang diusahakan secara haram di sekitar Kampung Sungai Ruan dan Kampung Chalit, Raub mulai 24 Ogos ini.

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang memaklumkan, ia berikutan keputusan kerajaan negeri yang hanya memberi kebenaran memasuki dan menduduki tanah kerajaan dan hutan simpan di sekitar kampung berkenaan kepada syarikat usaha sama kerajaan negeri sahaja.

PREMIUM

Pihak yang didapati menceroboh akan diambil tindakan termasuk didakwa atau memusnahkan tanaman yang difikirkan perlu.

GAMBAR: BERITA TV MALAYSIA

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Tindakan tegas perlu akan diambil bagi menangani isu penanaman durian secara haram di Raub memandangkan terdapat bukti pembukaan tanah haram untuk tanaman raja buah itu terus bertambah di kawasan terbabit.

SPONSORED

Sebelum ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak memaklumkan kerajaan Pahang kerugian RM30 juta hasil cukai tanah dalam isu pencerobohan tanah untuk penanaman durian secara haram di Raub.

Nilai kerugian itu berdasarkan kadar terendah pajakan dan cukai tanah untuk tempoh 10 tahun.

GAMBAR: SWEDISH NOMAD

Durian yang dikeluarkan ladang haram jelas tidak memiliki pensijilan myGAP, melanggar peraturan dan menyalahi protokol pengeksportan sekali gus boleh menjejaskan industri durian negara selain memberi kesan kepada alam sekitar dan menjejaskan kelestarian alam khususnya hutan simpan dan sumber air.

Jangan kita kehilangan hutan simpan dan sumber hijau negeri dek kerana kerakusan pengusaha kebun untuk mengaut keuntungan.

SPONSORED

Dianggarkan 4,400 hektar kawasan diusahakan secara haram untuk penanaman durian di Raub.

via: Berita Harian

Anda juga mungkin berminat untuk membaca lebih lanjut berkenaan bangunan di Bukit Freaser dirobohkan untuk pembangunan

Baca juga: Bangunan Bersejarah Bukit Fraser Dirobohkan Untuk Pembangunan

Related Posts