fbpx

KDYMM Tengku Hassanal Turun Tangan Selamatkan Tasik Chini


Isu berkenaan aktiviti perlombongan di Tasik Chini ketika ini menjadi isu hangat dibincangkan terutama dikalangan rakyat di Pahang dan pencinta alam sekitar.

Pada beberapa hari lepas, kami ada menerbitkan perkongsian berkenaan status lesen aktiviti perlombongan di Tasik Chini. Anda boleh membaca semula di sini.

Terbaharu, KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sendiri telah datang melawat Tasik Chini untuk melihat kesan daripada aktiviti perlombongan yang berlaku.


Memetik laporan dari portal Wancana, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Kampung Gumum, Nashita Dewi K Paramanantham berkata, campur tangan KDYMM Tuanku dapat menyelamatkan flora dan fauna serta ekosistem terdapat di persekitaran Tasik Chini yang terkenal dikalangan pelancong tempatan dan antarabangsa suatu ketika dahulu.

Ketika ini, memulihkan semula kemusnahan flora dan fauna serta ekosistem di persekitaran Tasik Chini menjadi harapan tinggi bagi semua penduduk orang asli di Kampung Gumum.

Selain daripada kerja pemulihan, antara yang perlu diberi perhatian menurut mereka termasuklah  infrastruktur dalam kampung dan menghidupkan kembali keindahan Tasik Chini sebagai daya tarikan pelancongan.

Tasik Chini amat bernilai tinggi, bukan hanya memiliki keindahan alam semulajadi yang memukau mata, malah amat terkenal dipersada dunia dengan kisah lagenda Naga Tasik Chini.


KDYMM menerusi catatan beliau di Instagram pada tiga hari lepas memberikan gambaran bahawa baginda benar-benar memberi perhatian yang serius serta mengambil berat mengenai isu ini.

SumberWancana

Kongsi Artikel Ini

Benda baik kita kongsi

TERKINI

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin