fbpx
hype scape

Karater Wanita Berhijab Dari Pahang Tampil Dalam Game ‘Hyper Scape’

Baru-baru ini, dunia sukan elektronik digemparkan dengan pelancaran permainan terbaru daripada Ubisoft iaitu Hyper Scape. Game yang berunsurkan Battle Rolaye ini menyelitkan salah satu karakter mereka yang bertemakan Asia Tenggara. Umum mengetahui dimana elemen dari Asia Tenggara jarang dapat dilihat pada pembangunan permainan elektronik.

Karakter yang dikenali sebagai “Noor Casulink” menampakkan ia berseragam tentera dari masa depan tetapi mengayakan hijab di atas kepala. Mengikut maklumat yang diperolehi, sedikit biodata karakter ini yang bernama Noor Azimah binti Yusof berasal dari Pekan,Pahang dan berumur 23 tahun.

PREMIUM

Melihat daripada karakter yang dicipta oleh Ubisoft ini, jelas menampakkan ia nya dikaji sebelum dicipta didalam permainan ini kerana nama yang digunakan sangat lazim didengari dalam masyarakat Melayu.

GAMBAR: JOMGAMING

Selain itu, terdapat juga pertukaran pakaian karakter dimana salah satunya bercorak batik. Noor Casulink didalam permainan ini bekerja sebagai influencer di media sosial, sesuai dengan permakaiannya yang sangat style dan futuristic. Karakter ini tampil dengan gaya hijab menerusi penggayaan turban berwarna merah beserta sut berwarna kelabu dan oren.

Untuk makluman anda, Hyper Space merupakan sebuah permainan berkonsepkan battle royale berlatarbelakangkan tahun 2054 dimana pemain berpeluang menggunakan senjata moden untuk bertempur mendapatkan kedudukan pertama.

SPONSORED

Penampilan karakter Noor Casulink pastinya membuatkan gamer Malaysia terutamanya orang Pahang, berbangga serta tidak sabar untuk memainkan game ini. Hyper Scape dikhabarkan masih belum dilancarkan sepenuhnya dan bakal ditawarkan menerusi platform PC, PlayStation 4 dan Xbox One.

GAMBAR: HYPER SCAPE
GAMBAR: HYPER SCAPE
GAMBAR: HYPER SCAPE

via: Vocket

Tahukah anda terdapat Pulau Kucing di Pekan yang seakan-akan sama dengan negara Jepun. Baca pengkisahan ini di bawah.

Baca juga: Tak Perlu Ke Jepun, Di Pekan Pahang Pun Ada Pulau Kucing

Related Posts