fbpx
featured image sizing

Kampungstay Desa Murni Berkonsepkan Suasana Kampung Di Temerloh Yang Santai

Temerloh sememangnya terkenal dengan pelbagai tarikan pelancongan tidak kira dari segi makanan, tempat-tempat dan juga tradisi budaya. Ia kaya dengan sektor pelancongan yang pastinya menjanjikan kepuasan bagi pengunjung yang datang.

Kampungstay Desa Murni menawarkan penginapan bercirikan rumah moden dan tradisional berkonsepkan suasana kampung. Suasana yang damai, masakan yang pasti memukau dan memastikan anda terasa bagai di kampung halaman.

PREMIUM

Walaupun berkonsepkan tradisional namun fasiliti yang disediakan adalah yang baik dan lengkap memenuhi keselesaan mereka yang datang.

GAMBAR: FACEBOOK KAMPUNGSTAY DESA PERMAI
GAMBAR: FACEBOOK KAMPUNGSTAY DESA PERMAI

Terdapat pelbagai fasiliti yang disediakan oleh pengusaha Kampungstay Desa Murni seperti swimming pool, campsite dan juga spa. Tempat ini sesuai untuk dijadikan tempat rekreasi aktiviti family day ataupun teambuilding.

Anda juga boleh merasi dengan lebih dekat pengalaman tinggal di kawasan tradisional Pahang yang unik dan melawat tempat-tempat tarikan pengunjung yang berdekatan seperti Kuala Gandah, Titik Tengah Semenanjung, Vanilla Temerloh dan Pekan Sehari Terbesar di semenanjung Malaysia.

SPONSORED

Bagi mereka yang berminat untuk menginap disini boleh kunjungi laman Facebook untuk mengetahui maklumat lanjut.

GAMBAR: FACEBOOK KAMPUNGSTAY DESA PERMAI
GAMBAR: FACEBOOK KAMPUNGSTAY DESA PERMAI
GAMBAR: FACEBOOK KAMPUNGSTAY DESA PERMAI

Reka bentuk rumah yang dibina sangat unik pasti memberikan pengalaman istimewa buat anda yang menginap disini.

via: Facebook Kampungstay Desa Murni

Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan monumen sejarah yang menandakan Temerloh sebagai titik tengah semenanjung

SPONSORED

Baca juga: Monumen Titik Tengah Semenanjung Malaysia Di ‘Bandar Ikan Patin’

Related Posts