Penginapan dalam kampung, mungkin satu-satunya yang menawarkan pengalaman unik untuk anda bermalam di Temerloh berkonsepkan suasana dalam kampung di Kampung Stay Desa Murni ini pernah kami cerita pada artikel lepas.
Dan untuk kali ini, kami akan cerita lebih terperinci berdasarkan pengalaman kami pada bulan lepas. Buat yang nak bercuti ke Temerloh nanti, pastikan artikel ini disimpan dalam tanda buku pada pelayar web anda!
Sebelum itu, suka untuk kami beritahu bahawa Temerloh bukan semata ada ikan Patin saja. Termerloh sekarang semakin meriah sebagai salah satu tempat pelancongan menarik di Pahang.
Apa yang anda di Temerloh?
Banyak tarikan pelancongan yang menarik di Termerloh untuk aktiviti percutian anda sebenarnya. Antaranya ialah:
Krau Widlife Reserve, iaitu penempatan haiwan liar yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Perkampungan Orang Asili Che Wong, Air Terjun Lata Bujang, Gunung Senyum, Taman Tema Air Kubang Gajah, tengok rusa di Deerland Park atau ke pusat konservasi Gajah Kuala Gandah.

Penginapan dalam kampung di Kampung Stay Desa Murni, Temerloh. Apa yang sangat unik tentang tempat ni?
Yang uniknya adalah penginapan dalam Kampung Desa Murni! Iya, Kampung Desa Murni bukan sekadar nama penginapan, tapi merupakan sebuah perkampungan sebenar di Temerloh. Manakala Kampung Stay pula berlokasi dalam Kampung Desa Murni itu sendiri.
Cuba bayangkan, penginapan ini terletak dalam sebuah kampung. Boleh lihat aktiviti orang lokal, perasaannya memang tak ubah seakan anda datang bermalam ke sebuah Kampung. Memang seronok.
Kami difahamkan, tempat ini pada asalnya adalah rumah dan tanah keluarga yang dikembangkan kepada industri pelancongan tempatan. Sebuah idea yang amat pintar dan buat kami kagum. Seronok bila dapat dengar cerita begini.

Kami memilih penginapan kabin. Pada harga RM180 semalam, apa yang boleh kami katakan ia cukup luas, bersih dan selesa. Boleh memuatkan maksimum empat orang. Biarpun konsep seakan penginapan Jepun, tapi ia tetap menyelitkan usur kemelayuan.
Boleh lihat ada lantai simen dan tikar getah. Kiranya penginapan kampung yang telah dimodenkan tanpa lupa ciri asal. Kabin di Kampung Stay Desa Murni lengkap dengan tilam, penyaman udara, televisyen serta siaran Astro, peti sejuk, dan pemanas air dalam bilik air.
Selain penginapan jenis Kabin, ada 8 lagi penginapan yang ditawarkan.
RUMAH 1: Harga semalam RM650, boleh muat 8 hingga 12 orang. Ada 4 bilik dan 5 bilik air
RUMAH 2: Harga semalam RM700, boleh muat 16 hingga 20 orang. Ada 4 bilik dan 5 bilik air.
RUMAH 3: Harga semalam RM650, boleh muat 10 hingga 15 orang. Ada 5 bilik dan 6 bilik air
RUMAH 4: Harga semalam RM450, boleh muat 9 hingga 12 orang. Ada 5 bilik dan 3 bilik air.
RUMAH 5: Harga semalam RM350, boleh muat 6 hingga 9 orang. Ada 3 bilik dan 2 bilik air.
RUMAH 6: Harga semalam RM550, boleh muat 10 hingga 15 orang. Ada 5 bilik dan 5 bilik air.
RUMAH 7: Harga semalam RM600, boleh muat 11 hingga 15 orang. Ada 5 bilik dan 5 bilik air.
BILIK VIP: Harga semalam RM250 dengan 1 katil saiz permaisuri (Queen Bed) dan 4 tilam saiz bujang. Boleh muatkan 6 hingga 8 orang. Ada 1 bilik air.



Penginapan rumah kayu klasik Melayu yang luas dan selesa. Selain daripada tempat penginapan, anda juga boleh sambut hari keluarga atau adakan sukaneka di Kampung Stay.
Semuanya akan diuruskan daripada sarapan pagi hingga makan malam.
Kampung Stay Desa Murni Temerloh ini amat sesuai untuk percutian keluarga. Dengan kolam renang bertingkat cantik yang selalu menghiasi garis masa Instagram, anak-anak pasti rasa seronok bukan main.

Memang syok dapat berendam puas-puas dalam kolam.
Oh ya, selain daripada penginapan yang disebutkan di atas, Kampung Stay Desa Murni turut ada penginapan tapak perkhemahan. Kemudahan tandas berasingan lelaki dan perempuan, tapak khemah luas yang lengkap dengan pelbagai kemudahan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh Hubungi +6012 553 4715 atau +609 2847949. Boleh juga bertanyakan terus di Facebook Kampung Stay Desa Murni.
Secara keseluruhan, Kampung Stay Desa Murni ini memang sebuah penginapan yang unik untuk dijadikan pilihan anda di Termerloh. Tempat makan pun ada banyak yang sedap-sedap di sekitar Kampung Desa Murni.
Selamat bercuti!
Dapatkan lebih banyak info percutian terkini di Negeri Pahang dengan sertai kami di Telegram @kuantanloka.