fbpx

Kisah Kampung Budu Di Lipis Yang Dibakar Kerana Dendam Terhadap Mat Kilau

- Sponsor -

Kejadian yang berlaku pada tahun 1892 merupakan salah satu sejarah yang menyayat hati di mana pada bulan Ramadhan, penjajah British telah membakar satu kampung oleh kerana dendam mereka terhadap Mat Kilau.

Kejadian yang meragut lebih 300 nyawa di kampung Budu, Kuala Lipis merupakan salah satu siri pembunuhan berskala besar yang dilakukan oleh tentera British terhadap anak watan.

Hal ini berpunca daripada penentangan terhadap kekuasaan British yang dilakukan oleh Mat Kilau. Ia mengundang kemarahan pihak British pada masa itu.

- Sponsor-

Namun, kekejaman yang dilakukan oleh pihak British ini sebaliknya menjadikan Mat Kilau sebagai punca utama berlakunya kejadian ini. Lantas, orang melayu pada masa itu menuding jari pada Mat Kilau.

Sesungguhnya, apa yang dilakukan oleh Mat Kilau adalah satu perkara yang benar oleh kerana beliau bermati-matian berjuang bagi mempertahankan tanah air kita dari kekejaman pihak British.

Untuk mengetahui lebih lanjut akan perihal sejarah yang ada di negeri Pahang ini, anda boleh mengikuti kami di Telegram mahupun Facebook Kuantanloka.

- Sponsor -
- Sponsor -