fbpx
- Sponsor -

Kajian Mendapati Pahang Antara Negeri Yang Kurang Terbuka Kongsi Bajet Negeri

Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) telah menjalankan kajian dan mendapati Pahang antara negeri yang kurang terbuka dalam berkongsi maklumat tentang bajet negeri.

Kajian berkenaan telah dijalankan bermula Ogos 2021 hingga Februari 2022. Hasil kajian ini telah dibentangkan seiring pelancaran telah melancarkan Malaysia Open Budget Index (MyOBI) 

MYOBI menjadi mekanisma untuk mempromosikan ketelusan belanjawan pada peringkat negeri di Malaysia dan merupakan satu indeks untuk menentukan tahap ketelusan belanjawan kerajaan-kerajaan negeri di Malaysia.

- Sponsor-

Penilaian ini dibentuk berdasarkan piawaian yang ditetapkan dalam Tinjauan Belanjawan Terbuka (Open Budget Survey, OBS), satu penilaian antarabangsa berasaskan fakta untuk mengukur ketelusan belanjawan. 

MyOBI menilai penerbitan empat jenis dokumen belanjawan utama dan tahap perincian yang diberikan dalam anggaran pendapatan dan perbelanjaan.

Dokumen-dokumen belanjawan harus tersedia secara percuma dalam talian atau disediakan atas permintaan untuk dikira memenuhi penanda aras.

Untuk mengukur kualiti penyeliaan, MyOBI menilai penglibatan Dewan Undangan negeri (DUN) termasuk Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) dalam menilai dokumen belanjawan. 

Dokumen belanjawan yang perlu ada

Hasil kajian juga menunjukkan hanya negeri Terengganu yang lebih terbuka dan menerbitkan kesemua empat dokumen belanjawan dan memberikan butiran terperinci dalam anggaran perbelanjaan dan hasil negeri.

Lima negeri pula – Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Johor dan Sabah – telah menerbitkan tiga jenis dokumen belanjawan penting, tetapi tidak memberikan tahap perincian yang sama seperti Terengganu dalam anggaran perbelanjaan dan hasil mereka. 

Sumber : IDEAS
- Sponsor -

Negeri Pahang pula hanya menduduki tangga kesebelas dalam senarai ketelusan, lebih baik berbanding Negeri Sarawak dan Kedah. Ini menunjukkan negeri ini telah menerbitkan hanya satu atau dua jenis dokumen belanjawan.

Dari segi ketelusan pula, Pahang hanya mendapat skor 28/100 dan markah untuk penyeliaan pula hanya 38/100. Ini bermakna, negeri Pahang masih tidak terbuka dalam berkongsi maklumat bajet negeri kepada rakyat.

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!