Jika sebelum ini kami berkongsikan kafe-kafe di kawasan Kuantan. Kali ini kita menjelajah ke daerah yang menjadi titik tengah semenanjung iaitu Temerloh. Clash Gida adalah sebuah kafe yang berkonsepkan kotena yang merupakan pertama di Temerloh.
Kawasannya yang luas memang sesuai dijadikan pilihan untuk anda dan juga keluarga bersantai sambil menikmati makanan yang best disini.
Terletak di belakang bangunan TF Temerloh, lokasinya tidaklah jauh dari bandar Temerloh. Sememangnya yang berkunjung ke daerah ini mesti mencuba makanan disini.



Diantara makanan yang kami dapati paling famous ialah western food yang sekali tengok memang rasa puas hati dengan harga yang ditawarkan.
Anda yang kesini boleh kongsi maknan bersama kerana portion yang disediakan memang banyak.
Selain menawarkan western food, merekan juga ada gerai untuk untuk mee sup, char kue teow, nasi goreng, nasi bubur, mee goreng dan asam pedas johor. Dibuka pada setiap hari Selasa hingga Ahad bermula jam 6.00PM ke 11.30PM.
via: Clash Gida
Rasai kelazatan coconut shake yang sedap di Temerloh ini yang pastinya buatkan anda tidak lena tidur
Baca juga: Coconut Shake Dalam Sebiji Kelapa Di Temerloh Ini Memang ‘Kaw’ Sungguh