fbpx

Kafe Dengan Pemandangan Cantik Untuk Anda Nikmati Secawan Tea


Ada dikalangan anda yang mungkin pernah sampai ke kafe ini dan mungkin ada yang belum pernah. Kami kongsikan kepada anda sebuah kafe menarik yang terletak di Sungai Palas, Cameron Highlands ini.

Kafe yang didirikan di salah sebuah kilang ‘BOH Tea Center’ ini terletak di sebuah puncak bukit di Sungai Palas dimana untuk menaikinya anda akan melalui jalan sempit dan mengambil masa kira-kira 10 minit.

Namun setibanya anda di sana, dapat merasai pengalaman yang tiada di tempat lain, bezanya kafe ini dibandingkan dengan yang lain adalah ia kurang sesak kerana lokasinya yang terletak agak jauh dari pusat tumpuan pelancong dan orang ramai.

GAMBAR: KUANTANLOKA
GAMBAR: KUANTANLOKA

Di sini juga terletaknya sebuah kilang memproses tea tetapi ia ditutup buat sementara waktu untuk kunjungan berikutan COVID-19. Suasana dingin dan selesa pastinya menambat hati anda yang datang ke sini.

Beberapa hidangan kek dan minuman juga ditawarkan di kafe ini hasil tangan chef yang pakar. Uniknya di sini, anda dapat merasai Tea BOH dengan pelbagai perisa yang jarang dapat kita temui di pasaran luar.

Walaupun jalan untuk menaiki kafe ini agak sukar, namun kami berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pekerja kafe yang sangat mesra. Tidak dilupakan pemandangan sekitar yang cantik sangat sesuai untuk anda mengambil gambar kerana dikelilingi tumbuhan hijau.

GAMBAR: KUANTANLOKA
GAMBAR: KUANTANLOKA

via: Sungai Palas Tea Garden


Anda mungkin berminat untuk merasai keunikkan rasa nasi lemak dengan sambal strawberi yang hanya ada di Pahang ini.

Baca juga: Nasi Lemak Dengan Sambal Strawberi Di Pahang Ini Yang Pertama Di Dunia

Kongsi Artikel Ini

Benda baik kita kongsi

Sokong kuantanloka™

Sokong konten lokal. Sokong penerbitan kandungan kami dengan melanggan keahlian kuantanloka™. Dapatkan t-shirt eksklusif, stickers dan kad keahlian anda sekarang.

TERKINI

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin