fbpx
- Sponsor -

Kafe Dalam Keretapi Di Bandar Pekan Mula Beroperasi

Sebelum ini, kami pernah membincangkan tentang bakal wujudnya sebuah kafe dalam keretapi di ‘Bandar Diraja’ Pekan. Ternyata, kafe tersebut sudah memulakan operasi pada 17 Januari 2022 yang lepas.Kafe keretapi ini terletak bersebelahan sahaja dengan Muzium Sultan Abu Bakar.

Menarik betul konsep yang diketengahkan kerana jarang kita dapati mana-mana kafe dibuka di dalam keretapi. Ulasan di Google juga positif, menyarankan untuk singgah di kafe ini jika pergi ke Pekan kerana persekitarannya yang cantik dan damai serta dipenuhi bangunan bersejarah.

Kredit: Mahila Ramlan
Kredit: Mahila Ramlan

Untuk pengetahuan ramai, pembukaan kafe ini adalah salah satu inisiatif bagi memelihara sejarah Kereta Api Tanah Melayu (KTM) sebagai salah satu penyedia pengangkutan kereta api di negeri Pahang.

Kredit: Mahila Ramlan
Kredit: Mahila Ramlan
- Sponsor-

Maklumat lanjut mengenai kafe unik ini ia terdiri daripada 1 Lokomotif KTM Class 22 dan 3 koc. Jika anda berminat untuk ke sini, boleh sahaja waze Kafe Belibis, Pekan, Pahang untuk memudahkan pencarian.

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!