Sempena Karnival Belia & Sukan Kuantan yang berlangsung Julai 15-17 Julai ini, Strike2Fit dengan kerjasama Kementerian Belia & Sukan , YMM Pahang dan Anime Support Krew menganjurkan acara Coswalk Party di sekitar bangunan Majlis Bandaraya Kuantan pada 16 Julai 2022.
Cosplay adalah singkatan dari perkataan Costume Play, iaitu acara pertunjukan kostum. Ia merupakan sesuatu yang agak baru di sini, tetapi mempunyai peminat fanatiknya yang tersendiri.

Pelbagai aktiviti akan dijalankan seperti pertunjukan cosplayers jemputan, reruai cosplay, perhimpunan cosplay, pertandingan fotografi cosplay, coswalk di atas pentas. Acara bakal bermula pada jam 11 pagi – 6 petang.

Semua pemain cosplay seluruh Malaysia akan berkumpul pada acara ini dan pelbagai watak yang diinspirasikan dari watak anime dipertontonkan.
