fbpx

Jual Pau Naik RXZ, Pakcik Dari Pekan Pahang Ini Curi Tumpuan Netizen


Tular di media sosial mengenai seorang lelaki berusia yang menjual pau dengan menaiki RXZ didatangi seorang lagi lelaki yang sangat berminat untuk memiliki dan membeli motosikal tersebut.

Motosikal jenis Yamaha RXZ kebelakangan ini menjadi salah satu kegilaan peminat-peminat motosikal yang ingin membelinya untuk dijadikan koleksi. Lebih mengejutkan sebelum ini ada diantara peminat yang menjual pada harga sekitar RM 70,000.

Pakcik yang berniaga pau di kawasan Petronas Pekan ini memberikan respon bersahaja mengatakan bahawa sering ditanya berkenaan harga untuk dijual dan lelaki ini diusik dengan ayat “Awak orang ke 100k yang tanya”.

GAMBAR: ARENA MOTOR
GAMBAR: ARENA MOTOR
GAMBAR: ARENA MOTOR

Namun pakcik ini menolak tawaran yang diberikan kerana motosikal RXZ ini adalah kenangan dari zaman muda beliau yang masih disimpan dan dijaga baik. Sikap mesra dan ramah pakcik yang menjual ini mencuit hati netizen. Jadi kepada anda yang melalui Bandar Pekan, Pahang, boleh singgah untuk membeli pau dan mungkin ada tawaran yang lebih menarik.

via: Arena Motor

Bermula dari khemah kanopi, kini pemilik bengkel ini kembangkan perniagaan sehingga terkenal.

Baca juga: Bermula Dari Kanopi Kecil, Kini Mat Yie Pemilik Bengkel Terkenal Di Kuantan

Kongsi Artikel Ini

Benda baik kita kongsi

TERKINI

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin