fbpx

Jom Singgah Ke Dunia “Jurassic” Di D’Bilut Agrofarm, Bentong

- Sponsor -

Tahukah anda bahawa di daerah Bentong, Pahang terdapat sebuah tempat yang sangat menarik dan sesuai bagi semua golongan usia terutama kanak-kanak. Ia baru sahaja dibuka kepada pengunjung pada 15 Oktober yang lalu.

Di D’Bilut Agrofarm and Retreat, anda boleh menerokai pelbagai jenis keindahan alam seperti haiwan-haiwan yang unik dan juga suasana, pemandangan yang tenang oleh kerana terdapat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sini, khas disediakan untuk para pelancong.

Selain itu, D’Bilut Agrofarm and Retreat menyediakan monumen-monumen bagi haiwan pada zaman purba dahulu iaitu dinosour. Di sini terdapat spesies seperti Tgrannosaurus dan juga T-rex.

- Sponsor-

Ia sangat sesuai kepada kanak-kanak oleh kerana mereka boleh mempelajari dan mengenali jenis-jenis haiwan yang ada seperti burung kasawari dan ayam belanda. Haiwan-haiwan ini jarang dilihat berada di sekitar bandar mahupun kawasan perkampungan.

Di sini juga disediakan kafe bagi mereka yang kelaparan setelah penat meninjau kawasan D’Bilut Agrofarm and Retreat ini. Juadah yang disediakan di sini amatlah menarik kerana selain daripada hidangan Jepun, anda juga boleh merasai burger yang menjadi pilihan setiap mereka yang datang ke sini.

Maka, apa yang anda tunggu lagi? Bawalah anak-anak dan seisi keluarga di D’Bilut Agrofarm and Retreat ini pada hujung minggu bagi merehatkan minda anda sekeluarga.

- Sponsor -
- Sponsor -