fbpx
- Sponsor -

Jom Berbuka Puasa Bersama Ustaz Nasi Arab, Hidangan Dalam Dulang Cuma RM69

Selamat sejahtera dan selamat menyambut Ramadan kepada semua pembaca-pembaca Kuantanloka. Bagaimana pengalaman puasa anda tahun ini? Baik kah?

Sempena bulan puasa ini kami nak kongsi deals menarik untuk bulan ini. Tahu tak, Ramadan tahun 2022, makanan Arab citarasa Malaysia made in Kuantan iaitu Ustaz Nasi Arab tawar pakej berbuka puasa. Paling menarik, hidangan disediakan dalam dulang!

Tawaran kali ini amat sesuai untuk jamuan berbuka puasa untuk 3 hingga 6 orang makan. Harga bermula cuma RM69 saja.

- Sponsor-

Rasanya, agak lama kami tak berkongsi deals menarik untuk rakyat Pahang. Dan perkongsian kali ini kami di Kuantanloka rasakan ini adalah tawaran yang berpatutan menarik untuk anda tahu.

Buat yang tercari-cari tempat berbuka puasa sekitar Kuantan, mari kami kongsi apa yang menarik tentang pakej Iftar bersama Ustaz Nasi Arab selain makan dalam dulang.

Dalam pakej ini, anda boleh diberikan dua pilihan pakej. Pertama pakej berbuka untuk 3 orang makan berharga RM69 dan pakej kedua adalah pakej berbuka untuk 6 orang makan yang berharga RM139.

Dalam pakej ini hidangan yang disediakan adalah set Ustaz Nasi Arab dengan lauk kambing, ayam dan menu terbaru mereka iaitu daging masak hitam. Pakej ini datang dengan semua set lengkap Ustaz Nasi Arab.

Hidangan bonus adalah tambahan buah-buahan atau pencuci mulut, kuih-muih, kurma, air minuman dan air istimewa berasaskan soda iaitu air Sawda Al-Kiwy, Al-Manju atau Al-Fawila.

Bila dikira semula, harga amat berbaloi. Sekitar RM23 seorang sahaja untuk semua set lengkap yang boleh makan sampai kenyang ni.

- Sponsor -

Berminat untuk berbuka puasa bersama Ustaz Nasi Arab, anda boleh membuat tempahan lebih awal melalui Whatsapp ke 010-280-2234. Lokasi adalah di restoran Ustaz Kopi, Jaya Gading, Kuantan.

Oh ya, jika pertama kali dengar untuk pengetahuan anda Ustaz Nasi Arab antara gerai yang menyediakan menu nasi arab di Kuantan. Yang sedapnya adalah rasa nasi arab Ustaz ini sungguh berbeza dari rasa nasi arab lain kerana citarasanya amat kena dengan tekak orang Malaysia.

Sepanjang bulan Ramadan ini anda boleh temui Ustaz Nasi Arab di 6 lokasi di Kuantan iaitu di Jaya Gading, Taman Tas, Indera Sempurna, Indera Mahkota, Bazar Ramadan Di Stadium dan Bazar Ramadan yang bertempat di Taman Kerang, berhadapan Masjid Negeri.

Selamat berbuka puasa!

- Sponsor -

Disyorkan