fbpx

Jelajah Laluan Hutan Bersama Keratapi Shuttle Pantai Timur


Saya pernah membawa 2 orang pelancong dari Eropah menaiki Keretapi Shuttle Pantai Timur ini. Perjalanan dipecahkan kepada 5 hari sebab hendak merekbermalam di beberapa lokasi, nak bagi mereka rasa makanan dan bergaul dengan rakyat tempatan.

Mereka betul betul gembira dengan perjalanan tersebut. Walaupun keretapi terlewat, walaupun tidak mewah, tapi mereka suka sangat.


Ada seorang tu bagitahu, “you know Radzi, this trip is an absolute gem, thank you for showing us your country this way.” Cumanya, mereka hairan kenapa produk ini tidak pernah langsung ada di dalam brosur atau bahan promosi pelancongan Malaysia.

Via: Mohd Radzi Jamaludin
Via: Mohd Radzi Jamaludin

Yang sedihnya, jangan kata pelancong luar negeri, ada rakyat kita sendiri pun yang tidak tahu kewujudan Keretapi Shuttle Pantai Timur ini. Apa yang kita tahu hanyalah Ekspress Timuran yang hanya berhenti di beberapa stesyen, sedangkan Keretapi Shuttle ini berhenti di semua pondok dan stesyen.

Keretapi ini lebih mendekatkan kita dengan orang tempatan, boleh berborak macam kawan yang dah lama tak berjumpa.

Saya berharap, sesiapa yang bertanggungjawab di Kementerian Pelancongan, Perbadanan Aset Keretapi dan KTMB sendiri silalah ambil maklum. Sayang melihat produk sebegini tidak dimanafaatkan dengan sebaiknya.

Via: Mohd Radzi Jamaludin
Via: Mohd Radzi Jamaludin
Via: Mohd Radzi Jamaludin

Dengan banyaknya kekangan untuk melancong di luar negara, inilah masanya untuk turut mempromosikan pelancongan keretapi tempatan. Faedah ekonomi pun banyak. Sangat banyak!


Semoga dengan perkongsian gambar gambar ini ia dapat membuka hati sahabat sahabat untuk meneroka, menjelajah dan melancong ke Pantai Timur melalui Keretapi Shuttle. Warga emas dan anak-anak pun boleh ikut sekali.

Keretapi Shuttle ini bergerak ulang-alik di antara Kuala Lipis dan Tumpat. Saya nasihatkan jangan ambil satu trip. Pecahkan kepada dua atau tiga hari. Bermalamlah di kampung atau pekan kecil di sepanjang laluan.

Via: Mohd Radzi Jamaludin
Via: Mohd Radzi Jamaludin

InsyaAllah, bila sudah boleh merentas negeri nanti, Keretapi keliling Semenanjung adalah di antara perjalanan yang akan saya buat secepat mungkin.

Nota editor: Catatan ini dipetik daripada penulisan Mohd Radzi Jamaludin yang diterbitkan semula untuk tujuan bacaan pembaca di Kuantanloka. Anda boleh mengikuti perkembangan beliau di Facebook untuk lebih banyak cerita menarik.

Langganan Percuma

Langgan saluran kuantanloka™ di Telegram untuk dapatkan informasi dan berita terkini terus ke telefon pintar anda.

Terkini:

Baca Juga:

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin