fbpx
featured image sizing

Jatuh Bangun Lemang To’Ki Yang Bermula Hanya Sebagai Tukang Kasut

Bila sebut sahaja Lemang To’Ki pasti anda semua cukup kenal dengan kedai yang sememangnya menjadi tumpuan peminat konvoi motosikal yang tidak putus datang ke sini. Kedai yang mula beroperasi dari tahun 2006 ini banyak kisah yang boleh dijadikan motivasi kepada anda.

Lemang To’Ki mula beroperasi sekitar tahun 2006 dengan hanya berbekalkan sebuah gerai dengan 3 orang pekerja sahaja. Lemang yang dijual pada ketika itu hanya 200 ke 300 batang sehari. Setiap perniagaan memerlukan pengorbanan dan begitu juga dengan Lemang To’Ki.

SPONSORED

Bermula sebagai tukang kasut yang dikenali sebagai ‘Man Leather’ dari tahun 1988, pertukaran bidang kepada industri makanan ini bukan sesuatu yang mudah. Pernah juga dikatakan ada lemang yang terpaksa dibawa balik kerana tidak boleh dimakan, basi, rosak dan juga garing.

GAMBAR: MALAYSIA GAZETTE
GAMBAR: PLACES AND FOOD

Perkara ini adalah bagi mereka pengalaman untuk dipelajari kerana dengan teknik masakkan tradisional, perkara ini sudah menjadi lumrah industri makanan dan sebagai manusia yang melakukan kesilapan.

Pernah juga sebuah cawangan mereka diarahkan tutup oleh faktor kebersihan namun ia tidak lama sebelum pengurusan memperbaiki kesilapan dan membuka semula cawagan tersebut.

SPONSORED

Pemilik Lemang To’Ki juga memberikan nasihat kepada usahawan yang menceburi bidang perniagaan ini supaya terus memberikan komitmen yang berterusan untuk meningkatkan kualiti servis dan produk itu sendiri.

via: VitDaily

Lihat bagaimana pelancong luar negara ini menikmati sendiri rasa makanan di restoran yang terkenal di Kuantan

Baca juga: WanderEats Dan ‘Mat Saleh’ Terjah 8 Tempat Makan Top Di Kuantan

Related Posts