fbpx

Janda Baik, Pilihan Percutian Buat Pencinta Alam Semula Jadi Yang Premium

- Sponsor -

Sekarang musim bagi setiap individu untuk merancang percutian semenjak perintah kawalan pergerakan dilonggarkan bagi mereka yang sudah mencukupi 2 dos suntikan vaksin.

Seperti yang kita ketahui, kini Cameron Highlands menjadi sasaran bagi tempat percutian oleh kerana suasananya yang tenang. Tahukah anda, selain Cameron Highlands, di Janda Baik juga ada menyediakan tempat-tempat menarik bagi mereka yang minat akan alam flora dan fauna ini.

Jika anda menginginkan suasana seperti berada di kawasan perkampungan, Teratak Kak Ju merupakan pilihan yang terbaik jika anda sekeluarga ingin melarikan diri daripada kesibukan bandar, sekaligus untuk menenangkan fikiran anda sekeluarga.

- Sponsor-

Ia merupakan salah satu tempat yang menarik oleh kerana ia terletak di dalam kawasan hutan yang dijaga rapi, anda tidak perlu risau akan kawasan sekeliling kerana kebersihannya terjamin.

Di sini juga terdapat aliran sungai yang jernih! Sesuai bagi mereka yang ingin berendam, dan bersantai di situ.

Di Teratak Kak Ju, anda juga boleh memilih sama ada anda ingin menginap di chalet, ataupun anda ingin merasai suasana berkhemah bersama keluarga anda!

Anda juga boleh membuat barbeku di sini. Jika anda berminat untuk mengadakan hari keluarga bersama saudara mara yang jauh, anda boleh menempah keseluruhan kawasan ini dengan harga yang berpatutan.

- Sponsor -
- Sponsor -