Jambatan gantung yang ikonik di Sungai Lembing kini sudahpun berwajah baru. Rasanya, jambatan ini antara subjek utama yang menjadi fokus bidikan lensa yang instagramable.
Bak kata budak OOTD, memang rugi kalau sudah datang ke Sungai Lembing tapi tak ambil gambar di jambatan gantung.
Jambatan yang dulu uzur ini telah dibaik pulih dengan kerjasama PKNP Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang dan syarikat MYAH Mines SDN BHD.
Hasilnya, jambatan ikonik ini dirubah menjadi warna-warni. Sekali pandang nampak sangat menceriakan. Mungkin ia adalah identiti Bandaraya Kuantan. Riang dan ceria gitu. Di Bandar pun kita boleh lihat kelipan cahaya lampu yang pelbagai warna di tengah Bandaraya Kuantan.


Indah sungguh, kadang kami pun terkeliru campur hairan. Funfair kah, kedai tomyah kah atau apa? Jadi kami diam dan mula memerhati. Oh! Rupanya ini Bandaraya Kuantan!
Pernah juga terfikir, kenapa Kuantan suka sungguh buat benda warna-warni. Nampak mesra kanak-kanak atau macam bendera LGBT?
Hati kecil kami mula bertanya pelbagai persoalan. Kuantan ni memang dah tak ada designer hebat ke? Bukan ke orang Pahang hebat-hebat belaka? Kalau dulu sekejap dikenali dengan nama Bandar Palma, sejap Bandar Kekwa, sekarang Bandar Warna-Warni pula?
Tapi tak apalah, yang penting kita semua kena sayangi Kuantan.
Orang kata cantik itu subjektif. Apa pula pendapat anda mengenai wajah baharu Jambatan Gantung Sungai Lembing ni?
Ini antara respon yang menunjukkan kami tidak keseorang berfikir begitu.


Apa pula respon anda? Kongsi bersama kami dan pembaca Kuantanloka di Facebook.