taman negara

Jambatan Gantung Atas Pokok Yang Terpanjang Di Dunia Terletak Di Pahang

Tahu tak, Taman Negara Kuala Tahan di Pahang ini dikatakan sebagai hutan yang tertua di dunia berusia lebih 130 juta tahun, iaitu menjangkaui usia hutan yang ada di Amazon! Hebat bukan Malaysia kita.

Tak hanya itu, mungkin ramai yang masih belum tahun di Taman Negara Pahang ini juga terletaknya jambatan gantung atas pokok yang terpanjang di dunia. Nah, satu lagi alasan kenapa anda tak perlu terbang jauh sedangkan di Malaysia kita pun ada destinasi sehebat begini.

Jambatan gantung atas pokok di Taman Negara Pahang ini berketinggian 550 meter dan berketinggian 40 meter dari permukaan tanah. Iya, boleh dikatakan agak tinggi dan kurang diminati oleh mereka yang gayat!

Buat pengetahuan anda, pada asalnya jambatan gantung ini dibina atas tujuan untuk kerja penyelidikan. Namun oleh kerana keunikan jambatan ini popular, malah ia dibuka kepada umum dan pelancongan.

Cari tempat menakjubkan untuk lihat keindahan flora dan fauna? Jawapan paling tepat untuk pengalaman tersebut adalah di Taman Negara Pahang.

SPONSORED

Maklumat lanjut berkenaan lokasi dan kemudahan pelancongan boleh layari www.mutiaratamannegara.com

Total
0
Shares
Related Posts