fbpx
- Sponsor -

Jalan Bomba Taman Tas Siap Sepenuhnya, Diyakini Mampu Beri Impak Positif

20 Mac 2022 menjadi detik bersejarah apabila jalan yang telah lama dinantikan oleh penduduk Taman Tas, Kuantan siap sepenuhnya dan boleh digunakan secara rasmi mulai hari ini.

Jalan yang diberikan nama Jalan Bomba Taman Tas sepanjang 300 meter itu mampu memberi impak yang signifikan dalam pengoperasian bomba.

Jentera bomba kini tidak perlu melalui jalan di taman perumahan berdekatan untuk kes-kes kecemasan.

Sumber: Facebook.com/Bomba&PenyelamatNegeriPahang
Sumber: Facebook.com/Bomba&PenyelamatNegeriPahang
- Sponsor-

Walaupun jalannya tidak panjang namun kesannya sangat mendalam kepada anggota bomba serta penduduk tempatan.

Sumber: Facebook.com/Bomba&PenyelamatNegeriPahang
Sumber: Facebook.com/Bomba&PenyelamatNegeriPahang

Ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah mampu menarik nafas lega dengan adanya jalan alternatif lain yang mampu mengelak kesesakan.

Orang ramai juga tidak perlu gusar apabila mendengar siren bomba kerana jentera tidak lagi perlu melalui depan rumah mereka.

- Sponsor -

Disyorkan