fbpx

Isu Tasik Chini: Tiada Lesen Perlombongan Dan Pembaharuan Lesen Diluluskan


Isu perlombongan di Tasik Chini masih hangat diperkatakan di media sosial dan sangat sistematik dijadualkan oleh Portal Malaysiakini. Ianya akan di ulang siar dengan kenyataan dari pelbagai pihak namun tiada sekalipun memetik laporan yang seimbang.

Budaya kritis membina pemikiran yang idealis yang akhirnya membina masyarakat yang tidak menerima bulat bulat tetapi perlu membuat rumusan dari pelbagai dimensi kehidupan hari ini

Ada dakwaan mengatakan perlombongan yang di kawasan Tasik Chini berada dalam rizab hutan simpan adalah tidak benar sama sekali.


Seandainya kawasan yang diluluskan berada di kawasan rizab hutan simpan maka ia tidak boleh didaftarkan selagi rizab hutan simpan tersebut tidak dibatalkan terlebih dahulu dan hendaklah digantikan ke suatu tempat yang lain yang mempunyai keluasan yang sama yang telah diluluskan.

Lesen 14 kawasan perlombongan yang berada di sekitar Tasik Chini di telah luluskan sebelum 2019 lagi dimana pada tahun tersebut pihak Kerajaan Negeri Pahang mewartakan beberapa kawasan di sekitar Tasik Chini sebagai Rizab Hutan Simpan.

Dari 14 lombong yang ada, hanya tinggal 2 sahaja yang masih beroperasi di mana lesen lesen ini akan tamat pada hujung bulan June 2021 dan satu lagi pada penghujung tahun ini.

Semenjak 2019 Kerajaan Negeri Pahang tidak pernah meluluskan lesen baru apabila YAB Menteri Besar mengumumkan untuk mewartakan kawasan sekitar Tasik Chini sebagai Rizab Hutan Simpan.


Inilah bukti komitmen YAB Menteri Besar Pahang bagi memastikan khazanah alam Tasik Chini terpelihara selain pemulihan hutan yang telah dijalankan.

Lesen perlombongan yang telah diluluskan tidak boleh di batalkan begitu sahaja kerana ia membabitkan soal undang undang yang perlu dipatuhi oleh Kerajaan Negeri Pahang.

Laporan Penilaian Alam Sekitar juga perlu dipenuhi oleh pelombong bagi meneruskan operasi selaian 8 agensi teknikal dalam bidang kuasa Persekutuan dan Negeri menunjukkan sesuatu lesen dikeluarkan setelah mematuhi syarat syarat yang ditetapkan.

Di dalam fikiran ramai melihat gambar yang diambil pada tahun 2019 dimana hutan yang gondol kerana pembalakan dan perlombongan membawa naratif yang sangat negativ sehingga tiada ruang langsung melihat kepada sektor yang memberi nafas kepada kegiatan ekonomi dan sumber Kerajaan Negeri di mana mana negeri di Malaysia.


Bagai genting menanti putus, biang menanti tembuk, setiap kali sesuatu isu hampir selesai akan ada pihak yang mempunyai agenda tersembunyi menahan lukah di kuala.

Kebersamaan pasti ada sekiranya ada jiwa yang hidup saling pengertian. Begitulah

NOTA EDITOR: Artikel ini ditulis oleh Abadi Romeo di Facebook, dikongsikan semula untuk terbitan KUANTANLOKA. Anda bebas berkongsi penulisan dan bahan bacaan bersama pembaca kuantanloka. Sila rujuk pada bahagian hantar artikel.

Kongsi Artikel Ini

Benda baik kita kongsi

TERKINI

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin