fbpx

Isu Bendera Putih Di Bukit Setongkol: Tok Empat Jelaskan Beri Nasihat, Bukan Ugutan


Tular sejak semalam berkenaan isu kibar bendera putih di Kuantan sebagais satu kesalahan dan boleh disaman, Tok Empat Kampung Bukit Setongkol tampil beri penjelasan.

Menerusi perkongsian yang dibuat pada halaman Facebook Kampung Bukit Setongkol, berita ‘ugutan turunkan bendera putih’ yang viral semalam seperti yang dilaporkan Sinar Harian tidak betul sama sekali, sekaligus menimbulkan kekeliruan serta salah faham orang ramai.

Difahamkan setelah mendapat maklumat berkenaan, beliau sendiri datang memberikan bantuan kepada keluarga yang terjejas di situ.


Dalam hal turunkan bendera pula, dalam kes ini beliau menasihatkan agar menurunkan bendera yang dipasang agak jauh dari rumah mereka iaitu di tiang telefon tepi jalan utama bukan dirumah.

Selain itu, mengibarkan bendera putih ditempat-tempat awam seperti tiang lampu, jejantas, tiang telefon akan memberi makna yang kurang tepat sebagai isyarat meminta bantuan sebaliknya boleh memberi persepsi yang negatif kepada umum.

Jelas di sini, mengibarkan bendera putih dirumah bukan kesalahan namun mengibar bendera putih di tempat selain dari rumah seperti tepi jalan, jejantas, kawasan lampu isyarat adalah tidakan yang kurang tepat.

Semoga dalam situasi seperti begini tiada pihak yang salah anggap dan mengambil kesempatan untuk kepentingan masing-masing.

Kongsi Artikel Ini

Benda baik kita kongsi

TERKINI

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin