fbpx

Inspirasi Auni, Ustazah Yang Pandai Bertukang Dari Permatang Badak


Masih ingat dengan ustazah Auni yang tular pandai bertukang? Kisah beliau begitu mendapat perhatian di media sosial pada beberapa bulan yang lepas. Meskipun sedikit lambat untuk kami kongsi, namun cerita inspirasi sebegni sudah tentu wajib untuk berada dalam arkib inspirasi KUANTANLOKA.

Pernah tular tahun ini seorang ustazah berasal Kuantan membuat renovasi dapur bertemakan island kitchen hanya bermodalkan RM 1500 sahaja.

Kisah inspirasi ini juga mendapat perhatian di media sosial disebabkan Auni Hazwani, 29, adalah seorang ustazah yang mengajar Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan berkemahiran dalam bidang pertukangan kayu.


Jarang kita dengar wanita minat dan mahir dalam pertukangan kayu. Tetapi bagi Auni, ini adalah tuah bagi beliau.

Bermula dengan hanya membantu kawan menyiapkan photobooth untuk perkahwinan ketika tahun 2015, beliau mendapat tempahan daripada penduduk sekitar Kuantan.

Wanita Permatang Badak ni mendapat dorongan padu daripada ibu bapanya sendiri. Hidup menjadi ibu tunggal membolehkan beliau tabah menghadapi ujian ini.

Walaupun beberapa kali jarinya terkena terguris luka, namun begitu beliau masih tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan bidang ini bahkan sangat komited dengan usaha yang telah dilakukan.


Minatnya dalam bidang seni semenjak sekolah menengah lagi, membolehkan Auni giat melakukan hal pertukangan kayu secara kreatif.

Katanya, beliau banyak mempelajari ilmu pertukangan kayu dari YouTube serta banyak bertanya kepada yang lebih pakar. Jadi, tidak mustahillah untuk beliau menjadi wanita profesional dalam bidang ni.

Kongsi cerita menarik anda bersama kami, emailkan story anda ke editor[@]kuantanloka.com

Kongsi Artikel Ini

Benda baik kita kongsi

TERKINI

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin