fbpx

Inovasi SMARTZOOM Bawa SK Kempadang Ke Anugerah Sekolah Terbaik Dunia

- Sponsor -

Ya, siapa sangka sekolah yang berada di pantai timur semenanjung ini telah tercalon dalam senarai anugerah sekolah terbaik dunia bagi kategori Inovasi

Anugerah ini dilancarkan oleh sebuah organisasi antarabangsa, T4 Education dengan kerjasama Yayasan Hasanah, Templeton World Charity Foundation, Accenture dan American Express.

Sekolah ini berjaya membina sistem automatik untuk mengesan kemajuan pelajar. Pandemik yang melanda dunia sejak 2-3 tahun lepas telah memberi kesukaran kepada pihak untuk memantau kemajuan pelajar.

- Sponsor-

Bukan sekadar itu, warga sekolah juga perlu berdepan dengan sistem pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian.

Walaupun Kempadang berada berdekatan dengan Bandar Kuantan, namun ia merupakan lokaliti yang masih dalam fasa pembangunan. Kelajuan talian internet pasti menjadi masalah utama pada waktu tersebut.

Masalah ini lah yang menjadi batu locatan untuk pihak sekolah mencipta sistem automatik tersebut. Sistem yang direka itu dinamakan SMARTZOOM. Ia beroperasi dengan menggunakan input data pada Helaian Google dan Google Chrome pada akaun Google semua guru yang dipautkan kepada Kementerian Pendidikan.

Dengan data tersebut, kakitangan dapat merangka rancangan pengajaran konkrit dan terperinci yang boleh disesuaikan dengan kelas khusus mereka. Guru sokongan serta Ketua Panel diberi bahan latihan dalam bentuk video dan bengkel YouTube yang membantu mereka dalam peralihan.

Kebanyakan populasi pelajar Sekolah Kebangsaan Kempadang berasal daripada golongan B40 di Malaysia. Walaupun begitu, sekolah tersebut sentiasa memupuk berusaha kuat untuk memastikan tiada keciciran pendidikan terhadap pelajar mereka. Hasilnya, kadar pendaftaran pelajar telah meningkat sebanyak 6% atau 7% setiap tahun.

Pemenang untuk anugerah ini akan diumumkan pada 16-21 Oktober 2022 dan diumumkan dalam Minggu Pendidikan Dunia. Pemenang akan menerima hadiah sebanyak ASD50,000.

  • 9 sekolah lain yang turut bertanding termasuklah ;
    • SVKM’s CNM School, India.
    • MCD Co-ed Primary School Lajpat Nagar III, India,
    • N-High School, Japan.
    • Shining Star International School, UAE.
    • Eveline High School, Zimbabwe.
    • ‘I love dyslexia’ EFL School, Greece.
    • Escuela Emilia Lascar, Chile.
    • Escola Tećnica Estadual Professor Agamenon Magalhães, Brazil
    • St Helen’s School, United Kingdom
- Sponsor -

Semoga kejayaan menjadi milik Sekolah Kebangsaan Kempadang, Kuantan, Pahang ini untuk memastikan kapasiti SMARTZOOM dapat digunakan secara lebih meluas ke seluruh Malaysia.

- Sponsor -
- Sponsor -