fbpx
- Sponsor -

Inilah Gambaran Projek Kereta Api ‘ECRL’ Apabila Siap Kelak

Bagi yang masih belum mengetahui, projek laluan kereta api pantai timur (ECRL) merupakan sebuah projek yang menghubungkan landasan kereta api antara Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan ia melalui wilayah pantai timur iaitu Terengganu, Pahang dan juga Kelantan.

ECRL ini merupakan laluan yang baharu dan ia mungkin bermula dari Serendah yang menghubungkan landasan kereta api semasa, KTM Laluan Pantai Barat ke Bentong dan Mentakab.

Projek ini juga melibatkan pembinaan lorong bawah tanah di Banjaran Titiwangsa.

- Sponsor-

Selain itu, bagi infrastruktur logistik penapisan minyak Petronas, sepanjang 70 kilometer landasan kereta api tunggal dihubungkan, sekaligus dinaiktaraf ke dalam projek ini di laluan kereta api Kerteh-Pelabuhan Kuantan.

Bagaimana? Adakah anda merasa teruja akan projek pembinaan kereta api ini? Lepas ini kita bercuti dengan kereta api pula!

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!