fbpx

Ini Taman Permainan ‘Indoor’ Buat Kanak-Kanak Yang Seronok Di Mentakab

- Sponsor -

Buat ibu bapa yang mencari aktiviti seronok dibuat bersama anak-anak pada hujung minggu, senarai tempat ini bakal menarik perhatian anda.

Mana tidaknya, majoriti ibu bapa sering meluangkan masa dengan anak-anak di hujung minggu dengan aktiviti outdoor bukan? Sekali sekala buat aktiviti indoor pun best juga.

Jika anda mencari tempat hiburan indoor di Pahang, salah satu yang menarik dicuba adalah di Lolipop Playland, Mentakab. Tempat ini sangat bagus untuk kanak-kanak bermain sambil meneroka dunia mereka.

- Sponsor-

Tambah pula, taman permainan indoor begini bukan sahaja menyeronokkan malah bagus untuk perkembangan minda kanak-kanak.

Kredit: Nad Nouyu
Kredit: Nad Nouyu
Kredit: Nad Nouyu

Melihat daripada perkongsian gambar Saudara Nad Nouyo di Facebook, terdapat banyak jenis permaianan yang ada di taman permaianan Lolipop Playland, Mentakab. Antaranya gelongsong dengan kolam bola, padang pasir, permainan video, puzzle, bounce dan banyak lagi.

Semua nampak seronok betul. Harga yang dikenakan pula RM15 untuk hari biasa dan RM20 pada hujung minggu. Harga termasuk untuk seorang penjaga. Makanan dan minuman dari luar turut dibenarkan bawa masuk.

Kredit: Nad Nouyu
Kredit: Nad Nouyu
Kredit: Nad Nouyu

Dunia kanak-kanak adalah dunia bermain. Jom bawa anak anda ke taman tema konseptual yang seronok ini. Biar mereka bermain dengan gembira dalam masa sama belajar perkara baru dengan cara unik.

Like dan follow kami di Facebook serta Instagram untuk lihat lebih banyak perkara seronok di Pahang.

- Sponsor -
SumberNad Nouyu
- Sponsor -