fairphone-3-overview-reset_0

Ini Senarai Telco Dengan Capaian Internet Terpantas Di Kuantan

Bagi mereka yang tinggal di kawasan sekitar Kuantan, bagaimana dengan capaian kelajuan internet anda? Adakah memuaskan atau tidak dan apa telco yang memiliki capaian internet terpantas bagi kawasan sekitar Kuantan.

Sebagai pengguna, kami yakin anda tentunya mahukan capaian internet terpantas. Bukan lagi boleh dikatakan, malah penggunaan internet pada hari ini adalah satu keperluan, baik untuk sosial ataupun melibatkan urusan-urusan penting seharian.

Jadi, telco yang manakah yang memiliki capaian internet terlaju di Kuantan? Menjawab pertanyaan anda, pada awal tahun lepas pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah pun mengeluarkan laporan mengenai ujian kelajuan beberapa telco di Malaysia.

Enam telco terkemuka telah menjalani ujian ini, antaranya adalah Maxis, Celcom, Umobile, YTL (yes) dan juga P1.

Untuk perkhidmatan selular, pihak SKMM menetapkan prestasi kadar celus (throughput) sekurangnya 650 kbit/s untuk 65% masa penggunaan, sementara untuk jalur-lebar mudah-alih tetap (seperti P1, Maxis Wireless Broadband dan sebagainya) ia perlulah sekitar 80% daripada masa.

Untuk perkhidmatan selular, pihak SKMM menetapkan prestasi kadar celus (throughput) sekurangnya 650 kbit/s untuk 65% masa penggunaan, sementara untuk jalur-lebar mudah-alih tetap (seperti P1, Maxis Wireless Broadband dan sebagainya) ia perlulah sekitar 80% daripada masa.

Kadar latency juga perlulah tidak melebihi 250ms untuk 70% masa, dan kurang daripada 3% kehilangan paket

– Amanz
SPONSORED

Bagi kawasan wilayah timur di Pahang: Bentong, Temerloh, Pekan, Maran dan Kuantan, Maxis menduduki tangga pertama sebagai telco dengan internet paling laju diikuti Celcom, Digi, Umobile dan P1. Manakala YTL (yes) berada ditempat paling bawah.

Berdasarkan laporan, bagaimana menurut anda? Andakah anda berpuashati dengan kepantasan internet telco pilihan anda sekarang? Kongsi dengan kami diruangan komen di bawah.

via: Amanz

Total
0
Shares
Related Posts