fbpx

Ini Penjelasan Mengenai Balak Saiz Gergasi Yang Diangkut Keluar Dari Pahang


Warga Pahang semalam kecoh di media sosial akibat tular gambar sebatang kayu pokok balak yang sangat-sangat besar dianggkut menggunakan lori jenis “loader” 14 tayar!!

Gambar tersebut dirakam sekitar jam 6.00 petang pada hari Ahad 23 Mei 2021 di R&R Temerloh Arah Barat, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan dimuat naik oleh En Khaidir Ahmad dan ditularkan oleh PEKA Malaysia, sebuah NGO yang diwujudkan untuk melindungi khazanah bumi daripada terus dijarah.

Dengan saiz yang luar biasa ini, dipercayai pokok ini berusia ratusan tahun dan ditebang daripada kawasan hutan simpan atau hutan dara yang sepatutnya dilindungi.


Pelbagai persoalan ditimbulkan warga maya antaranya bagaimana balak yang sebesar ini mendapat kelulusan pemindahan. Tidak cukup dengan sekatan jalan raya yang tertalu-talu di negeri Pahang ini, ia masih dapat melepasi sekatan dengan jayanya pada hari Ahad.

Trailer yang membawa balak ini juga tidak menunjukkan plat lesen pembalakan seperti kebiasaannya.

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang pantas menjawab isu tersebut bahawa hasil hutan tersebut bukan dikeluarkan daripada bumi Pahang. Lori tersebut disyaki ditahan oleh Jabatan Perhutanan Pahang sebelum melepasi sekatan jalan raya di Gombak.

Semakan mereka mendapati maklumat lori dan kayu yang dibawa datang bersama-sama pas pemindah yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Syabas diucapkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang atas tindak balas pantas mereka.


Jabatan Perhutanan Negeri juga mengucapkan terima kasih atas keprihatinan anak Pahang yang menularkan gambar tersebut. Setakat semakan kami, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Daripada PAS GANTI MEMINDAHKAN HASIL HUTAN yang dikongsikan, cukai yang dibayar ialah RM2242.80 di Durian Mas, Dungun Terengganu.

Siasatan kami mendapati, ramai netizen mempersoalkan nilai cukai yang dibayar sangat-sangat tidak sepadan dengan nilai balak yang dikeluarkan yang dipercayaai cukup untuk menampung kehidupan seorang rakyat marhaen selama beberapa keturunan.


Ada juga netizen yang mempersoalkan kelulusan yang cuma ditandatangai oleh pegawai kerajaan gred rendah, yang sepatutnya dengan nilai sebesar ini diluluskan oleh pegawai sekurang-kurangnya dengan gred G48.

Apa-apa pun kita mengharapkan kesedaran seperti ini semakin membara dikalangan masyarakat supaya kita sama-sama dapat menjadi ejen semak dan imbang bagi melindungi kelestarian alam kita.

Kongsi Artikel Ini

Benda baik kita kongsi

TERKINI

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin