fbpx
hostel cameron highland

Serendah RM25, Ini Penginapan Ideal Untuk Backpackers Di Cameron Highland

Travel gaya backpackers tak semestinya ke luar negara sahaja, di Malaysia pun boleh!

Anda suka travel secara backpackers? Jika ya, ini mungkin penginapan menarik untuk anda bermalam di Cameron Highland.

PREMIUM

Umum mengetahui, kejelitaan alam di Cameron Highland memang memukau.Ini juga alasan kenapa destinasi ini sering menjadi salah satu lokasi tumpuan pelancong luar negara di Pahang.

Tidak perlu hotel yang mewah, backpackers kebiasaannya lebih gemar memilih penginapan hostel sebagai tempat bermalam. Penginapan ini biasanya lebih murah berbanding hotel namun masih menawarkan pengalaman tidur yang baik dan selesa.

Selain itu, antara kelebihan hostel adalah dapat bertemu lebih ramai backpackers dari pelbagai negara. Bolehlah tambah senarai rakan, sudah tu bertaraf antarabangsa lagi.

SPONSORED

Sekiranya anda mencari penginapan jenis ini di Cameron Highland, Travel Bunker Hostel adalah pilihan yang ideal. Cukup menepati ciri-ciri yang dimahukan seorang backpackers, lebih menarik harga semalam di sini boleh didapatkan serendah RM25 semalam sahaja.

Terdapat empat jenis bilik ditawarkan di sini. Antaranya bilik perkongsian (mix dorm) 8 orang, 6 orang, 4 orang dan bilik berkongsian (female dorm) 4 orang. Harga untuk bilik perkongsian bermula dari RM25 sehingga RM40 semalam.

Namun, sekiranya anda mahukan lebih privasi, di sini juga ada menawarkan bilik deluxe dengan 4 katil pada harga serendah RM150 sehingga RM170 semalam.

Kenapa perlu bayar lebih semata untuk tidur? Selain menawarkan harga penginapan rendah, Travel Bunker Hostel dilengkapi pelbagai fasiliti seperti menyediakan WiFi percuma, ruang bacaan, dapur, mesin ATM, kedai runcit, cafe dan restoran.

SPONSORED

Tip ekstra, menempah melalui HostelWorld.com kadang-kala lebih murah berbanding laman web lain dan pembatalan adalah percuma.

Hotel Kampung Desa Murni yang berkonsepkan kampung dengan suasana mewah ceria di Temerloh ini juga antara penginapan yang seronok untuk anda bermalam di Pahang.

Baca juga: Kampungstay Desa Murni Berkonsepkan Suasana Kampung Di Temerloh Yang Santai

Related Posts