fbpx

Ini Kenapa Raub Menjadi Daerah Yang Amat Penting Kepada Komunis Dahulu

- Sponsor -

Raub merupakan kawasan yang terkenal dengan aktiviti perlombongan bijih dan juga emas pada zaman British dahulu dan aktiviti ini dilakukan oleh orang-orang Cina sehingga ia menjadi tidak terkawal pada masa itu.

Selain itu juga, kawasan Raub ini menjadi kepentingan kepada British oleh kerana kedudukan geografi dan sungai Ruan merupakan kawasan yang paling popular. Ia terletak di banjaran gunung, merupakan kawasan hutan tebal yang sesuai untuk memantau kedudukan pihak musuh dan berfungsi bagi menyorok.

Di samping itu, Raub dekat dengan kawasan Parti Komunis Malaya (PKM) sekaligus mempunyai hubungan yang kuat dengan sejarah pengganas komunis iaitu Chin Peng.

- Sponsor-

Maka, bagi menghalang masyarakat Cina pada masa itu membantu pihak komunis, British telah memindahkan mereka ke Kampung Baru.

Untuk pengetahuan, Raub merupakan kawasan yang senang untuk menerima bantuan logistik oleh kerana Lurah Bilut kebiasaannya mempunyai sumber makanan dari hutan yang ada.

Dengan itu, sungai Ruan menjadi sebuah lokasi yang sesuai bagi penyimpanan makanan dengan adanya Lurah Bilut dan Gunung Benum yang jarang dikunjungi, membolehkan makanan yang ada disimpan di situ.

Terdapat banyak lagi faktor kepada penyumbangan pentingnya Raub kepada pengganas komunis pada zaman dahulu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh klik di sini.

Ikuti kami di Telegram dan laman Facebook Kuantanloka bagi mendapatkan input tentang negeri Pahang.

- Sponsor -
- Sponsor -