fbpx
featured image sizing

Ini Jawapan Kenapa Ikan Sungai Pahang Dijual Pada Harga Yang Mahal

Kebiasaannya anda akan mendengar rungutan dari pelancong yang datang ke Pahang yang mengatakan hidangan ikan sungai di Pahang mahal. Ini terutamanya merujuk kepada ikan jenis patin, tapah, lampam dan baung.

Sebenarnya ada sebab mengapa ikan ini dijual pada harga yang mahal. Menurut nelayan sungai, ikan-ikan ini sukar untuk didapati pada waktu sekarang tambahan pula permintaan kepada ikan ini semakin meningkat.

PREMIUM

Faktor paling utama adalah ikan berkenaan sukar ditemui sekarang. Berbanding 10-20 tahun dahulu, ikan-ikan ini masih banyak dan boleh dikatakan mudah ditemui, terutama di pasar-pasar pagi seperti di Jerantut, Temerloh, Kuala Lipis.

GAMBAR: ILLUMINASI

Tetapi hari ini, ia tidak berlaku lagi. Harga-harga ikan sungai ini sudah menjadi berkali-kali ganda dari harga ayam daging atau daging kerbau.

Jadi jangan hairan dan pelik, apabila baru-baru ini, kecoh tertera di dada-dada akhbar kisah harga hidangan makan tengah hari di Temerloh, Pahang yang menjangkau harga RM 1,415 hanya kerana menu ikan kelah, patin buah, udang galah dan beberapa menu lain untuk 8 orang makan.

SPONSORED

Walaupun ia adalah realiti, masih ramai yang sangsi dengan harga ikan sungai eksotik ini kerana bimbang ditipu ia hanyalah ikan peliharaan sangkar atau kolam terutamanya ikan patin.

GAMBAR: UMPAN

via: Umpan

Baca dengan lebih lanjut 5 restoran ikan patin tempoyak yang popular di Temerloh.

Baca juga: 5 Restoran Ini Amat Popular Dengan Hidangan Patin Tempoyak Di Temerloh

Related Posts