fbpx
karak

Ini Jawapan Kenapa Highway Karak Bengkang Bengkok Tak Lurus

Baru ini tular di media sosial sebuah gambar yang diambil dari drone menunjukkan highway Karak di Pahang. Melihat gambar yang diambil,ia menunjukkan highway Karak berbentuk bengkang bengkok dan bukannya lurus.

Ramai netizen menyoal akan pembinaan highway dengan bentuk jalan begini kerana pada mereka buat highway yang lurus lebih senang untuk dilalui. Bagi menjawab soalan ini, seorang engineer iaitu Tuan Nazmi Ismail telah menjawabnya secara mendalam.

PREMIUM

Secara geografi, Negeri Selangor dan Negeri Pahang dipisahkan oleh Banjaran Titiwangsa yang memanjang dari selatan Thailand sampai ke Gunung Ledang kat Johor.

GAMBAR: KLIA2

Lebuhraya Kl-Karak dibina merentasi Banjaran Titiwangsa yang terdiri daripada deretan gunung-gunung bagi menghubungkan Gombak di Selangor dengan Karak di Pahang.

Dari sudut rekabentuk sesebuah lebuhraya pula biasanya melibatkan Surveyor.

SPONSORED

Siapa Surveyor ni?

Surveyor ini tugasnya untuk membuat pengukuran, kenalpasti sempadan pemilikan, sediakan data2 berkaitan bentuk, contour, gravitation, lokasi, elevation atau dimensi tanah atau ciri-ciri tanah atau permukaan bumi tersebut.

Data yang surveyor kumpulkan ini digunakan untuk kerja kejuruteraan, membuat peta, pengorekan, penilaian tanah, pembinaan dan macam-macam lagi.

Biasanya surveyor membuat rekabentuk highway atau jalan guna software AutoCAD, Civil 3D, GIS, dan lain-lain bergantung pada keperluan projek dan pihak berkuasa tempatan.

SPONSORED

Antara sebab kenapa highway karak dan highway-highway lain dibina bengkang bengkok adalah.

Kos yang perlu dikeluarkan. Sudah tentu benda paling mula sekali untuk buat sesuatu projek adalah kos. Kos merangkumi aspek seperti bahan, mesin, jentera, tenaga kerja, keselamatan, kepakaran dan macam-macam lagi.

Cuba bayangkan kalau highway KL-Karak ini lurus je dari Gombak tembus Banjaran Titiwangsa sampai ke Karak, macam mana nak potong, tarah, tambak, tebuk bukit itu? Lagi banyak kos dan tenaga yang perlu dibelanja dan dikerah.

Nak buat terowong bukan murah, bukan senang, banyak faktor berkaitan struktur tanah perlu diambil kira, kos jentera, kos kepakaran dan masa yang diperlukan.

GAMBAR: KLIA2
SPONSORED

Jika highway itu terus dibina mendaki bukit dengan sangat curam, akan memberi masalah pada kenderaan terutama kenderaan berat seperti lori untuk mendaki.

Bukan kenderaan berat ikut kiri, terus tak bergerak tersadai tepi jalan jadinya nanti. Kemudian trafik akan jadi lebih sesak dan tidak lancar akibat banyak kenderaan terpaksa mendaki bukit curam tersebut.

Jadi, penyelesaian kepada faktor seperti kos, tenaga, keselamatan, ekosistem, kelancaran trafik dalam pembinaan lebuhraya yang melalui kawasan pergunungan adalah membina lebuhraya secara bengkang bengkok melalui lereng bukit.

Trail bengkang bengkok yang melalui lereng bukit adalah penyelesaian terbaik untuk semua pendaki gunung.

Sekarang pula semua nak jimat minyak, kalau boleh nak drive dalam Eco Mode, jadi laluan lebuhraya yang lebih landai dengan darjah kecuraman yang rendah membolehkan enjin kereta bekerja dengan minima, menjimatkan penggunaan minyak dan memanjangkan jangkahayat enjin.

NOTA EDITOR: Artikel ini ditulis oleh Nazmi Ismail yang merupakan seorang engineer dan AutoCAD trainer. Ikuti perkembangan beliau di Facebook

Anda mungkin berminat untuk membaca mengenai sebuah pekan sehari terbesar di Semenanjung Malaysia

Baca juga: Pekan Sehari Temerloh Adalah Yang Terbesar Di Semenanjung Malaysia

Related Posts