fbpx
featured image sizing

Ini Cara Masak Patin Tempoyak Secara Sihat Menurut Pakar

Makanan Pahang memang terkenal di Malaysia tambahan lagi Ikan Patin masak tempoyak. Namun ada yang mempertikaikan adakah ia berkhasiat dan sihat? Kali ini kami akan berkongsikan informasi mengenainya dan sedikit tips kesihatan untuk anda.

Pertama sekali yang anda perlu tahu ialah masakkan ikan patin masak tempoyak ini tidak langsung menggunakan minyak yang memerlukan anda untuk menggoreng. Sama juga konsepnya seperti masak singgang ikan.

PREMIUM

Paling penting dalam pengambilan makanan itu sendiri adalah kuantiti makanan agar ia tidak terlalu berlebihan dan mengikut sukatan pinggan sihat Malaysia iaitu ‘suku suku separuh’.

GAMBAR: I-MEDIK

Tempoyak adalah sumber probiotik yang dihasilkan dari kaedah pemeraman dan sangat baik untuk usus dan melancarkan sistem perkumuhan.

Dalam masakkan istimewa ini juga terkandungnya kunyit yang menjadi antioksidan dan mampu melambatkan proses penuaan dengan merendahkan paras kolesterol.

SPONSORED

Mengikut tips masakkan yang diberikan oleh chef, anda boleh tukarkan kiub ikan kepada ikan bilis yang di’blend‘ menjadikan ia lebih sedap dan sihat.

GAMBAR: ILLUMINASI

Kesimpulannya, Ikan Patin masak tempoyak ini memang berkhasiat dan juga sihat untuk dimakan namun pengambilannya memainkan peranan penting dalam mengimbangkan khasiat makanan anda.

Beberapa soalan yang mengenai masakkan ini yang mungkin sedang bermain di fikiran anda.

1.Bolehkah orang yang menghidap ‘kencing manis’ makan tempoyak?

SPONSORED

Penghidap ‘kencing manis’ masih boleh menikmati masakkan yang berasaskan tempoyak namun pengambilannya harus dalam kuantiti yang sedikit dan tidak berlebih-lebihan.

2.Adakah boleh makan masakkan yang masih mempunyai darah?

Dari segi kesihatan, ia tidak boleh diambil kerana ia mengandungi bakteria yang boleh menjejaskan kesihatan anda. Jadi pastikan jika makan Ikan Patin tempoyak di kedai, ikan dimasak dengan sempurna dan tiada darah.

3. Apakah khasiat di sebalik lemak Ikan Patin yang menjadi kegilaan peminatnya?

SPONSORED

Dalam lemak Ikan Patin itu sendiri terkandungnya Omega 3 dan 6 yang semestinya baik untuk kesihatan jantung, otak dan organ-organ lain dalam badan.

Informasi yang diterbitkan adalah hasil daripada sesi siaran langsung ‘Bolehkah Kita Memasak Makanan Pahang Secara Sihat?‘ daripada KPJ Pahang Specialist Hospital.

via: KPJ Pahang Specialist Hospital

Related Posts