Projek Lapangan Antarabangsa Kuantan akan menjadi lapangan terbang utama negeri yang menggantikan Lapangan Sultan Haji Ahmad Shah yang sedia ada.
Gading Group Berhad merupakan kontraktor utama yang untuk projek ini. Syarikat ini merupakan Syarikat tempatan yang terlibat dalam bidang penerbangan, maritim, pertahanan dan teknologi.
AVIC International Holding Corporation (AVIC INTL) pula akan menjadi rakan strategik projek. AVIC INTL ialah perusahaan pegangan saham global yang bergabung dengan Aviation Industry Corporation of China (AVIC).
Perniagaan utama melibatkan empat segmen: Perniagaan Penerbangan, Pembuatan Tertinggi, Perkhidmatan Awam Luar Negara dan Perkhidmatan & Perdagangan.

Projek ini bakal menelan belanja RM 2 billion dan pembinaannya bermula pada 2022 dan dijangka siap 2026.
Projek ini akan menjadi pusat transit bersepadu memandangkan gebeng meliputi Pelabuhan Kuantan dan stesen ECRL kelak.
Projek ini dianggarkan akan memberi pulangan kepada Nilai Pembangunan Kasar Negeri sebanyak RM 7.5 Billion setahun dan RM 150 Billion selama 20 tahun.
Projek ini dibina di atas tanah seluas 5042 hektar di kawasan Gebeng

Projek ini adalah usahasama melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) yang berkonsepkan pembangunan secara Build-Operate-Own (BOO). Pengoperasian lapangan terbang ini pula dikendalikan oleh pihak syarikat sepenuhnya melalui pembentukan syarikat tujuan khusus (SPV) iaitu Pahang Airport Berhad.
Projek ini akan memberi 20,000 peluang pekerjaan bagi sektor pengoperasian lapangan terbang serta 30,000 peluang pekerjaan lain melibatkan tenaga kerja mahir dan separuh mahir.
Pahang mensasar hampir 40.79 juta pelancong yang melawat ke negeri ini menjelang 2050 apabila projek ini siap.