fbpx
featured image sizing

Ini Adalah Senarai 4 Air Terjun Yang Paling Cantik Di Pahang

Jenis air terjun di negara kita agak unik kerana selalunya berada di tengah-tengah batuan sementara kiri dan kanannya terdapat rimbunan kehijauan pokok tumbuh-tumbuhan yang hidup meliar.

Setiap air terjun mempunyai keindahan dari segi bentuknya tersendiri dan jika berpeluang ke negeri Pahang, jangan lupa untuk singgah di beberapa lokasi air terjunnya yang begitu cantik dan unik.

PREMIUM

1. Air Terjun Berkelah, Maran

GAMBAR: TEAM TRAVEL

Air Terjun Berkelah ini terletak di Daerah Maran, Pahang dan kira-kira 45 km dari Bandar Kuantan. Air Terjun Berkelah, Maran Air Terjun Berkelah, Maran.

Air terjun ini terdiri daripada tujuh peringkat tetapi menurut data rasmi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, sebenarnya Hutan Lipur Berkelah ini terdapat lebih daripada tujuh peringkat air terjun. Air terjun di peringkat ke 7 mempunyai ketinggian yang beranggaran 50 meter.

SPONSORED

2. Air Terjun Pelangi, Sg Lembing

GAMBAR: LIBUR

Bagi tujuan berlibur dan berekreasi pada hujung minggu, para pencinta alam semulajadi dan yang berjiwa adventure pasti memilih lokasi air terjun ini. Keindahan Air Terjun Pelangi sangat mengasyikkan umpama berada di satu dunia yang lain, atau pun boleh diandaikan seperti pemandangan dalam filem fantasi.

Di sini sungguh sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti berendam, berenang, sesi fotografi ataupun hanya merenung menghargai alam.

3. Air Terjun Sungai Pandan, Kuantan

GAMBAR: AFIQ HALID
SPONSORED

Pahang mempunyai banyak lokasi alam semulajadi yang menarik untuk diteroka antaranya Air Terjun Sungai Pandan. Terletak di Kuantan, Air Terjun Sungai Pandan juga dikenali sebagai atau Air Terjun Panching oleh penduduk setempat merupakan destinasi beriadah popular.

Kawasan ini juga merupakan sebahagian daripada Hutan Lipur Pandan. Lokasi ini menjadi tumpuan ramai untuk berkelah, mandi manda atau bersantai bersama keluarga dan kawan-kawan. Jika dilihat pada air terjun yang mengalir, pasti membuatkan ramai terpesona.

4. Air Terjun Jerangkang, Maran

GAMBAR: VOCKET

Destinasi reakreasi ini terletak kira-kira 55 kilometer dari Kuantan, Pahang cukup tersohor dalam kalangan pemburu air terjun apabila mendapat pelbagai jolokan antaranya ‘Hilton, Infinity pool dan Shang Ri La’ kerana menyajikan pemandangan air terjun bertingkat selain kolam biru kehijauan.

SPONSORED

Namun begitu, untuk sampai ke sini, pengunjung perlu melalui trek sejauh lebih tiga kilometer menelan masa dua jam perjalanan sebelum sampai ke tapak khemah tingkat 20.

via: Libur

Lata Hammer merupakan salah satu lagi destinasi cantik di Pahang yang anda mesti cuba untuk melihat keunikkan alam.

Baca juga: Lata Hammer Antara Destinasi Unik Dan Cantik Di Bentong

Related Posts