fbpx

Ikan Tilan ‘Rupa Ular Rasa Salmon’, Ini Antara Makanan Yang Popular Di Negeri Pahang


Beberapa hari lepas tular dengan isu harga ikan siakap yang mencecah sehingga ribuan ringgit di Langkawi. Kita tidak pasti silapnya adakah datangnya dari pelanggan ataupun pemilik kedai sendiri.

Kata pelanggan, dia tidak diberitahu akan kaedah pengiraan harga bagi setiap jenis hidangan yang dijual akan tetapi menurut pemilik kedai pula, dia sudah mengulangnya banyak kali akan saiz dan harga tersebut.


Bagi mereka yang berada di Pahang, isu ikan siakap ini bukanlah masalah yang besar oleh kerana negeri Pahang ini kaya dengan sumber pengairan. Di sini terdapat banyak sungai maka, anda boleh mendapatkan hasil laut ini dengan senang.


Untuk pengetahuan anda, selain ikan patin sejenis ikan lagi yang menjadi kegemaran masyarakat Pahang ialah ikan Tilan. Ikan ini merupakan ikan air tawar yang hidup di dalam sungai di kawasan tropika.

sumber gambar: Faz Mar
sumber gambar: Faz Mar

Ikan ini mempunyai ciri-ciri seakan belut, cuma ia mempunyai sirip seperti duri yang berbaris dan ikan ini juga mempunyai tubuh yang agak pipih.

Ikan Tilan ini sangat sesuai untuk dibuat masak gulai asam dan juga asam pedas. Ikan Tilan ini juga mempunyai isi yang sangat lembut seakan-akan ikan salmon.

Jadi, anda mengidam ikan yang mempunyai rasa bak kayangan secara percuma? Datanglah ke negeri Pahang, terutamanya Kuala Lipis oleh kerana ikan Tilan ini kebiasaannya dijumpai di sini. Bagi mereka yang minat mengail, anda boleh mengisi masa anda dengan hobi, di samping mendapat habuan!

Langganan Percuma

Langgan saluran kuantanloka™ di Telegram untuk dapatkan informasi dan berita terkini terus ke telefon pintar anda.

Terkini:

Baca Juga:

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin