fbpx

Ice Cream Berlemok Gula Apong Buka Cawangan Baru Di Bukit Ubi, Kuantan

Askirm premium gula apong original sarawak

Ice Cream Berlemok Gula Apong, aiskrim premium dengan resepi unik dari bumi kenyalang ini memang tengah trending sungguh di Kuantan.

Buat yang tertinggal, kalau nak tahu pada bulan lepas Ice Cream Berlemok Gula Apong jenama lokal made in Kuantan ini baru sahaja buka cawangannya yang pertama di Kuantan berlokasi di Balok.

Kesedapan yang tak perlu menjadi soalan lagi bila orang ramai sanggup tunggu dan beratur semata nak dapatkan pemanis mulut yang sejuk ini. Kepada mereka yang rasa Balok agak jauh dari bandar Kuantan, ini berita baik untuk anda.

Kini Ice Cream Berlemok Gula Apong dah buka satu lagi cawangan baru betul-betul ditengah Bandar berlokasi di Bukit Ubi, Kuantan. Nak lagi mudah, berhadapan seberang jalan Shell Bukit Ubi atau Pos Laju Bukit Ubi.

Tak susah pun nak cari. Lalu saja jalan Bukit Ubi, dari jauh anda dah nampak satu-satunya warna kedai yang merah menyala.

Meriah memang meriah, apa yang kami suka mengenai cawangan baru di Bukit Ubi ini ialah kedainya lagi cantik (kalau nak dibandingkan dengan di Balok), terasa lebih premium bila membeli di sini. Hahaha.

Dan paling penting sekali, walaupun beratur tapi pesanan aiskrim dapat sangat cepat. Tak perlu tunggu lama. Syabas kepada semua pekerja atas servis yang mantap ini.

Menu pula semuanya ada. Perisa orginal gula apong Sarawak, Dark Chocolate Belgium dan Vanilla Madagascar serta 2 pilihan kombo lain iaitu Mixed gula apong dengan Dark Chocolate dan Mixed Gula Apong dengan Vanila.

Kalau anda tanya kami, kami memang cadangkan untuk cuba Dark Chocolate dan original Gula Apong. Rasa coklatnya memang nikmat dan puas hati. Penggemar coklat wajib cuba! Oh ya, jangan lupa ngamkan sekali dengan poppin ball.

Waktu operasi ialah setiap hari dari hari Isnin hingga Ahad bermula jam 11,00 am sampai 8.00 pm. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh follow Ice Cream Berlemok Gula Apong di Facebook.

Baca Juga: Sedap ‘Berlemok’, Aiskrim Gula Apong Di Kuantan Ini Anda Kena Cuba

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin